Wednesday, October 21, 2009

Episod Dua Puluh Lapan

Anis berlari ke arah aku dan ia membuatkan aku menjadi cemas. Anis bertanya kepada aku, "Shafiz , kau kena gantung sekolah ke?", aku menjawab , "Tak. Cikgu Shahrul cuma memberi amaran sahaja.", kemudian , Anis pun merasa lega. Aku terfikir kenapa Anis begitu risau terhadap aku. Adakah dia menaruh perasaan terhadap aku?

Loceng telah berbunyi dan kami menuju ke dewan terbuka untuk menunaikan solat Asar. Sebelum aku mengambil wuduk , Aizat menegurku. "Kenapa kau membaling kerusi ke arah Kugan hanya disebabkan dia cakap Anis suka dekat Nawazir? Lain kali fikir dulu sebelum membuat sesuatu." Selepas habis solat Asar , aku berjalan ke kelas aku. Aku memikirkan tentang semua kejadian-kejadian yang terjadi pada aku dari mula aku masuk sekolah sehinggalah ke hari ini.

Loceng sekolah terakhir sudah berbunyi menandakan sesi persekolahan sudah pun berakhir. Aku pun berjalan sambil ditemani Imran , Muhtadi dan Ameer. Sebelum aku berjalan pulang ke rumah, aku berbual-bual dengan mereka. Aku terlalu leka berbual sehingga lewat pukul 7.00 malam. Aku bergegas pulang ke rumah agar ibuku tidak bimbang akan keadaanku. Bila aku tiba di rumah , ibuku memanggil aku. Katanya ada sesuatu yang penting ingin diberitahu kepadaku.

Ibu memberitahuku bahawa kami sekeluarga akan berpindah balik ke kampung halaman ibuku tidak lama lagi. Aku berasa terkejut selepas ibu memberitahu hal tersebut. Aku menanyakan kepada ibuku , "Kenapa kita kena berpindah balik ke kampung secara tiba-tiba ibu?". Ibuku menjawab dengan sayu , "Nenek kamu sedang sakit tenat dan tiada siapa mahu menjaganya. Ibu terpaksa dan tiada pilihan. Nanti bila nenek sudah sembuh , bolehlah kita pulang ke sini semula ye." Aku berasa sedih tapi aku memahami keadaan ibu. Aku terus baring di atas katil dan memikirkan mungkinkah ini adalah jalan penyelesaian yang terbaik buat ku kini?


Hanafi