Thursday, March 26, 2009

Episod Kesembilan

Setelah masuk ke kelas, aku cube sedaya upaya untuk menumpukan perhatian terhadap kelas Cikgu Auzani. Gah! Malangnya aku gagal. Fikiranku asyik dihantui peristiwa yang berlaku sebelum rehat tadi. Aku tertanya-tanya mengapa Ammar berkelakuan aneh sebegitu. Selalunya dia seorang yang ceria dan manja tetapi kenapa tadi dia begitu agresif. Detik berlalu begitu pantas dan fikiranku disentak dengan bunyi loceng menandakan subjek Bahasa Malaysia sudah tamat. Apabila aku menoleh kebelakang, mataku bertembung dengan mata Anis. Hatiku melonjok kegembiraan. Mahu sahaja aku menegur tetapi bibirku kaku, meneybabkan kata-kata yang hendak kulafazkan membisu dihujung bibir.

Aku hanya menoleh tanpa menegurnya. Sebelum Cikgu Auzani beredar dari kelas, dia mengarahkan semua pelajar Islam untuk bersolat manakala murid yang tidak beragama Islam pula diarahkan duduk di dalam kelas. Tiba-tiba aku disapa oleh Rizal dan Taqi. Mereka mengajak aku untuk bersolat bersama. Aku gembira kerana sekurang-kurangnya ada juga orang yang mengambil berat tentang aku.

Kami beredar keluar dari kelas dan menuju ke dewan terbuka untuk bersolat. Kebetulan Ammar lalu dihadapan aku secara bertentangan . Dia merenung aku dan melanggar aku secara tiba-tiba. Rizal terus memarahi Ammar manakala Taqi membantu aku untuk berdiri semula.

" Aku bukan sengaja langgar kau. Faham tak", jawap Ammar sambil menendang tin minuman yang kebetulan berada dia lantai.

Cara percakapan Ammar sudah jelas menunjukkan dia tidak menyukai aku. Walaupun begitu aku tetap sabar dengan kerenahnye sebab aku ke sekolah bukan untuk mencari musuh. Kata-kata ibu tersemat di dalam ingatanku. Sabar itu sebahagian daripada iman.

Taqi mengimamkan solat kami pada hari ini dan selepas bersolat kami masuk ke kelas. Sekarang waktu geografi tetapi cikgu belum masuk ke kelas lagi. Jadi aku mengeluarkan buku dan membacanya. Selepas beberapa ketika, Cikgu Hajariah masuk ke kelas dan mula mengajar. Cikgu menyoal semua pelajar tentang apa yang dipelajari pada minggu lepas. Cikgu memanggil nama Ammar dan menanyakan satu soalan kepadanya tetapi dia hanya mendiamkan diri. Oleh kerana Ammar tidak dapat menjawap, cikgu menyuruh dia berdiri sepanjang waktu kelas geografi.

Sekali lagi loceng berbunyi menandakan waktu geografi telah tamat. Aku hanya memandang ke luar sambil menunggu cikgu masuk kelas.

Sharmla

Wednesday, March 18, 2009

Episod Kelapan

Dalam beberapa minit aku dan anis sampai di sekolah dan kami terus menghala ke dewan terbuka. Sambil menunggu loceng berbunyi, kami mengulang kaji pelajaran bersama-sama. Cikgu selalu kata, masa itu emas dan perlulah digunakan sebaik-baiknya.

Apabila loceng berbunyi, kami terus bergerak menghala ke tapak perhimpunan. Amira terus membuat beberapa pengumuman. Antara nya ialah semua pelajar yang terpilih untuk pemilihan pemimpin pelajar sila tunggu di dewan terbuka selepas perhimpunan. Aku berdebar-debar tetapi apabila mendengarkan kata-kata Anis memberi semangat untuk aku, aku berasa begitu tenang.Guru pemimpin pelajar, Puan Alimah mengumumkan nama pelajar yang terpilih. Seorang demi seorang nama pelajar dipanggil. Hatiku berdebar-debar kerana nama aku masih belum dipanggil lagi. Apabila cikgu menyebut nama aku, cikgu memberitahu yang aku gagal untuk menjadi pemimpin pelajar. Aku berasa agak kecewa dan terus melangkah balik ke kelas. Sampai sahaja di kelas, Puan Vijaya memandang aku dan bertanya kenapa muka aku masam seperti orang baru lepas putus cinta. Tetapi aku hanya mampu tersenyum sahaja. Puan Vijaya menyuruh aku untuk duduk.

Selepas cikgu keluar, tiba-tiba Ammar yang juga dikenali sebagai budak jambu sekolah menghampiriku lalu menghentak mejaku. Dia mengajak aku ke blok sebelah yang kosong. Entah mengapa aku menuruti sahaja apa yang dikatakan oleh Ammar.

Sampai saja di sana, Ammar terus menolak aku jatuh ke lantai.

" Aku sudah lama bengang dengan kau, tadi aku nampak kau datang ke sekolah dengan Anis. Lepas itu kau belajar bersama-sama dengan dia. Kalau ikutkan hati, aku dah belasah kau tapi nasib baik muka kau jambu macam aku. Aku beri kau amaran, kau jangan ganggu Anis lagi," Ammar memberi amaran kepada aku.

Tiba-tiba Taqi dan Rizal yang kebetulan merayap disitu terus menengking Ammar. Ammar kelihatan marah dan tidak berpuas hati tetapi dia terus beredar dari situ. Selepas Ammar beredar, Taqi memberitahuku, sekiranya Ammar buat hal lagi dia suruh aku mencari mereka.

"Dari hari ini, kau ngan kita orang kawan," tambah Taqi lagi.

Selepas itu kami pun bergegas pulang ke kelas kerana kelas Cikgu Auzani. Kalau lambat masuk nanti kene marah.

Mohd Faiezwan Bin Mohd Fauzi

Saturday, March 14, 2009

Episod Ketujuh

Tiupan angin pada malam ini sangat sejuk, lalu aku mengambil keputusan untuk memakai baju yang sedikit tebal. Pada malam itu ibu menyuruh aku menjadi imam untuk solat Magrib. Kadangkala ibu memuji aku kerana tidak melupakan ajaran agama yang diajar oleh ayah dahulu dan ibu juga selalu mengingatkan aku dan adik tentang agama. Sesudah aku menunaikan solat, aku pergi mengulangkaji pelajaran bersama adik di ruang tamu. Kami mengulangkaji pelajaran kerana ujian bulan Mac pada minggu hadapan. Walaupun pelajaran kali ini agak sukar, namun aku perlu buat yang terbaik agar tidak menghampakan ibu.

Tetapi tumpuan aku kadangkala terganggu, mungkin kerana hatiku berdebar-debar untuk mengetahui keputusan pemilihan pemimpin pelajar yang akan diadakan esok. Adakah semuanya akan terpilih atau akan ada yang gagal menjadi pemimpin pelajar kali ini? Tapi andainya aku tersingkir dari pemilihan ini tak mengapa. Sudah bukan rezeki aku, lagipun aku bukannya pandai sangat untuk menjalankan tugas ini.Jam menunjukkan pukul 10.45 malam dan aku mengajak adik untuk menunaikan solat fardu Isyak. Selepas solat adik terus tidur tetapi aku mengambil kesempatan untuk membaca Quran sebelum tidur. Selepas itu aku terus kebilik lalu merebahkan diri keatas katil dan terus terlena.

Sang bayu meniupkan angin yang amat lembut, ia seakan-akan membelai diri ini yang di dalam kesepian. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi, lalu aku pergi mengejutkan adik untuk segera bersolat. Selepas itu aku ke dapur untuk menolong ibu menyusun kuih. Selepas semuanya selesai, aku bersama ibu mengambil semua alatan berniaga di dalam stor. Seperti biasa kami memulakan perniagaan seawal jam tujuh pagi. Disebabkan aku bersekolah pada sebelah petang, ini memudahkan aku untuk menolong ibu menjual kuih. Hari ini jualan agak memuaskan. Banyak kuih habis dibeli orang. Wajah ibu kelihatan sungguh gembira dan aku tenang hati aku melihat wajah ibu sedemikan rupa.

Apabila semuanya sudah siap dikemas, aku terus bersiap untuk kesekolah. Hari ini aku kesekolah dengan Anis kerana ibunya mempelawa aku menaiki keretanya. Ibu Anis ialah pelanggan tetap digerai kuih kami. Jam sudah pukul 11.45 dan aku sudah sedia menanti Anis dan ibunya datang menjemputku.

Safuan b Mohd Sabri

Thursday, March 5, 2009

Episod Keenam

Ketika aku bersembang-sembang dengan rakan-rakan, tidak semena-mena api marak membakar tubuhku. Apa yang pelik walaupun tubuhku berapi, aku langsung tidak berasa panasnya dan pakaian aku pun tidak terbakar. Rakan-rakanku semuanya berlari lintang pukang kerana ketakutan sedangkan aku bermain-main pula dengan api yang keluar dari tubuhku. Tiba-tiba, aku terdengar suara memanggil namaku.

" Abang Shafiz! Abang Shafiz!bangun, Abang sudah lewat", pekik Nazatul.

Rupa-rupanya aku bermimpi. Masuk kali ini sudah enam kali aku mimpikan benda yang sama. Aku makin keliru. Parut ditanganku pula sudah hilang. Apakah yang berlaku kepadaku? Adakah itu semua suatu petanda?

Aku melihat jam ditangan menunjukkan sudah pukul 1.10 petang. Aku sudah terlewat untuk kesekolah. Aku berlari selaju yang boleh, mengharapkan kuasa apiku akan keluar. Malangnya tidak menjadi kenyataan.Aku tiba di pagar dan dua orang pengawas sudah setia menanti.Mereka menanyakan namaku dan sebab mengapa aku lewat. Mereka tidak menerima alasanku dan sebaliknya mentertawakan aku. Mereka mahu membawa aku berjumpa cikgu disiplin sebab aku sudah terlampau lewat.

"Tunggu dulu. Tak perlu berjumpa cikgu. Awak ambil nama dan kelas dia sahaja.Selebihnya serahkan pada saya dan awak lain kali jangan datang lewat. Sudah pergi masuk ke kelas", kata seorang pengawas senior yang tiba-tiba muncul disitu.

Aku tidak mengenali siapa pengawas tadi dan belum pernah pun melihat wajahnya. Tapi apa yang pasti pengawas itu adalah pengawas sesi pagi. Mengapa dia menolong aku? Walau apapun aku tetap berterima kasih kepadanya. Tanpa membuang masa aku bergegas ke kelas. Sambil itu aku dapat merasakan ada seseorang yang sedang memerhatikan aku. Bulu tengkukku meremang. Aku perhatikan sekeliling tetapi tiada orang. Tapi kenapa aku macam merasakan ada seseorang sedang memerhatikan aku?

Aku menyelinap secara senyap-senyap ke dalam kelas.Sesiapa pun tidak menyedari aku masuk ke kelas walaupun cikgu. Cikgu sedang sibuk melayan pertanyaan Nawarzir, Safuan,Nabil, Nabila dan Atiqah. Semua pelajar lain pula asyik menyiapkan kerja yang cikgu bagi. Tapi dimana Anis. Tak nampak pun dia?

"Shafiz, aku sudah letak nama kamu sebagai pengawas pelatih. Nanti cikgu nak jumpa kau", sergah Kugan secara tiba-tiba.

Amira dan Sharmala pun ada bersama Kugan. Mereka kelihatan begitu gembira kerana aku akan dilantik menjadi pengawas pelatih. Melihatkan mereka bertiga, aku teringat akan kata-kata bebola api yang mengatakan aku dan tiga kawanku adalah insan terpilih. Macam kebetulan pulak. Aku tergelak seketika dan berterima kasih kepada mereka. Sebelum rehat, satu pengumuman telah dibuat menyuruh semua pelajar yang telah terpilih untuk menjadi pengawas pelatih berkumpul di dewan terbuka. Adakah aku akan terpilih menjadi pengawas?.....

Nawarzir bin Ahmad Zuri