Monday, April 27, 2009

Episod Tiga Belas

Melihat muka Ammar yang sunguh sengal itu, aku diselubungi rasa bersalah.Perlu atau tidak aku berjauhan dengan Anis? Kenapa Ammar menyuruh aku berbuat begitu? Pelbagai solan bermain-main difikiranku. Ammar menunggu aku untuk memberi jawapan tetapi tiada jawapan dariku. Hanya senyuman yang aku balas.

Kakiku pantas melangkah menaiki anak-anak tangga untuk pergi ke kelas. Aku sudah lewat 15 minit untuk ke kelas Pendidikan Islam. Aku memberi salam dan memohon maaf kepada ustaz kerana terlewat. Ustaz memaafkan aku dan menyuruh aku ke tempat duduk. Aku terpandang Anis dan dia memberikan aku satu senyuman dan aku terus memaling ke tempat lain setelah melihat Ammar merenung aku dengan pandangan yang tajam. Kejadian tadi terimbas semula di dalam fikiranku.

" Kenapa kau menyuruh aku meninggalkan Anis?'" aku bertanya kepada Ammar sebaik sahaja aku sampai ke kerusiku.

Ammar kelihatan resah dengan pertanyaanku.

"Yang kau nak menyibuk kenapa?Suka hati akulah," jawap Ammar dengan nada yang agak angkuh.

"Anis kawan aku. Mana boleh kau nak suruh aku jauhkan diri daripada dia.Apa hak kau untuk menghalang persahabatan kita," aku agak meninggikan suara kepada Ammar.

"Hey, jaga sikit mulut kau. Kau yang sebenarnya menggangu persahabatan kita. Aku sudah berkawan dengan Anis sejak kami di sekolah rendah lagi dan sejak kau muncul, dia sudah menjauhkan diri dengan aku. Aku nak ingatkan kau...," balas Ammar

Belum sempat Ammar menghabiskan kata-katanya, ustaz terus menengking kami. Kami terus senyap. Keadaan dikelas kembali tenang. aku terfikir kata-kata Ammar tadi, aku mengganggu persahabatan mereka. Benarkah aku yang bersalah.

Aku tersentak seketika apabila ustaz memanggil namaku. Ustaz mahu menyemak semua buku latihan. Aku terus mencari buku latihan di dalam beg. Kali kedua namaku dipanggil oleh ustaz. Ketika aku kelam kabut mencari buku, aku merasakan semua pelajar memerhatikan tingkah lakuku, termasuklah Anis.

Nur Hazirah bt Mohd Azhan

Sunday, April 19, 2009

Episod Dua Belas

Malam itu ketika aku sedang menelaah buku, kedengaran ibu batuk dengan kuat. Aku bergegas ke ruang dapur untuk melihat keadaan ibu. Ibu segera menyorok tangannya apabila melihat aku. Aku berasa hairan dengan perlakuan itu.

" Ibu tak apa-apa ?" tanya aku sambil mengurut belakang badan ibu.

" Ibu tak apa-apa, cuma batuk sikit saja. Kamu tak usah risau. Pergi sambung belajar" Kata ibu sambil tersenyum.

" Ibu janganlah kerja kuat sangat,nanti ibu sakit," kaat aku dengan nada yang lembut.

"Tidak mengapa, Ibu masih sihat, cuma batuk sikit saja," kata ibu lagi.

"Tapi ibu, ..." belum sempat aku hendak berkata ibu terus memintas percakapan aku.

" Ibu cuma mahu melihat kamu adik beradik berjaya dalam hidup," kata ibu sambil mengesat air mata yang sudah mengalir.

"Ibu janganlah menangis, Shafiz berjanji, Shafiz akan belajar bersungguh-sungguh. Nanti bila Shafiz sudah berjaya, ibu tak payah jual kuih lagi," kata aku dengan penuh semangat.

" Macam itulah anak ibu, jangan lupa jaga adik kau baik-baik. Sudah pergi sambung belajar," kata ibu sambil mengusap kepala aku.

Keesokan hari, semasa aku sedang berjalan memasuki sekolah, kelihatan Ammar sudah menunggu di depan pintu pagar sekolah.Hatiku berdebar-debar dan terdetik hatiku berkata, apa yang ammar nak kali ini. Ammar segera menahan aku.

" Shafiz, aku nak cakap dengan kau sikit," katanya dengan nada yang serius.

Kebetulan pada masa itu Taqi dan Rizal baru tiba disekolah dan terus menghampiri aku. Ammar memandang mereka dengan pandangan yang tajam.

" Kau nak apa lagi dengan Shafiz. Nak gaduh lagi ke? Nasib baik aku tak ada hari tu," kata taqi dengan nada suara yang agak tinggi.

" Tak ada apa-apa. Aku ada hal sikit nak cakap dengan Shafiz. Hal peribadi. Aku harap korang berdua tak masuk campur," balas Ammar dengan nada yang agak lembut.

" Taqi,Rizal. Korang pergilah dulu. Tinggalkan aku dengan Ammar. Nanti aku menyusul. Terima kasih yek," pintas aku untuk menenangkan keadaan.

Mereka berdua pun beredar meninggalkan kami dan Ammar terus mengajak aku ke belakang surau kerana disitu tidak ramai orang. Aku mengikuti Ammar dari belakang. Wajah Ammar begitu serius.

" Shafiz, aku mintak maaf sebab pukul kau semalam. Aku merayu dekat kau, tolonglah jauhkan diri daripada Anis,"rayu Ammar kepada aku.

Aku terkejut melihat Ammar sedemikian rupa. Belum sempat aku berkata.

" A...aku merayu sangat dengan kau. Tolonglah aku Sahafiz. Aku merayu. Tolonglah tinggalkan dia. Tolong aku yek, Shafiz, " kata Ammar sambil air matanya berlinang.

Aku cuma mendiamkan diri. Perasaan aku bergolak di dalam hati. Adakah aku perlu menjauhkan diri dari Anis atau tidak mempedulikan kata-kata Ammar yang sengal nie. Kesian pulak aku melihat Ammar begini.

Zetty Akma

Sunday, April 12, 2009

Episod Kesebelas

Sebaik sahaja sampai di bilik disiplin, Puan Alimah terus menanyakan kepada kami. Suara Puan Alimah begitu garang, aku tidak pernah melihat Puan Alimah begitu marah.

" Mengapa kamu berdua boleh bergaduh? Kamu berdua tak tahu malu ke? Bertumbuk, menjerit-jerit!", tanya Puan Alimah kepada dengan nada suara yang tinggi.

" Maafkan saya cikgu. Sebenarnya Ammar yang mulakan dulu. Dia yang menumbuk saya, jadi saya pun balas lah balik," aku cuba mempertahankan diriku.

" Kenapa kamu tumbuk dia, Ammar? Kamu datang ke sekolah untuk belajar atau bergaduh? Kamu nak jadi samseng ke?" kata Puan Alimah.

Aku dan Ammar hanya membisu dan memekakan diri mendengar ceramah Puan Alimah. Kehadiran Puan Rumaizah yang kebetulan berada disitu menggamatkan lagi keadaan.

"Tak penat ke cikgu ni?" bisik aku didalam hati.

Setelah habis memarahi kami, Puan Alimah menyuruh kami menggangkat tangan kanan. ZAP!!! satu libasan hinggap di tapak tangan aku. Begitu juga dengan Ammar. Kami dirotan sebanyak tiga kali. Kami diberi amaran dan sekiranya kami bergaduh lagi, kami akan digantung sekolah.
Puan Alimah menyuruh kami bermaafan. Aku menghulurkan tangan dan Ammar mengambil masa untuk menyambut tanganku.

Selepas itu, Puan Alimah menyuruh kami pulang kelas. Dalam perjalan ke kelas, tidak ada sepatah perkataan pun keluar dari mulut kami. Cuma aku kadang terperasan yang kadang-kadang Ammar memandang aku dengan perasaan yang begitu benggang sekali. Setibanya di kelas, aku terus kembali ke tempat aku dan belum pun sempat aku duduk, Faezwan terus menegurku.

" Wei, apa yang berlaku kat bilik disiplin tadi? Korang berdua kena pukul ke? Berapa kali? Sakit ke?", bertubi-tubi soalan diajukan Faiezwan kepadaku.

" Berapa lama korang kena gantung sekolah. Nanti aku akan merindui korang semua" celah Ali yang tetibe menyampuk sebaik sahaja Faiezwan habis bercakap.

" Kau ni mengarutlah Ali. Puan Alimah hanya merotan kita orang sahaja tapi kalau bergaduh lagi kite kene gantung,"aku membalas soalan mereka berdua.

" Lepas ni bila kau nak gaduh lagi?" soal Ali sambil tergelak.

Ketika Ali tergelak-gelak, Faiezwan terus menyekeh kepalanya. Selepas itu Miss Syahirah pun masuk ke kelas. Hari ini hari terakhir Miss Syahirah mengajar kita kerana tempoh pratikal sudah habis. Miss Syahirah tidak mengajar hari ini, dia cuma memberi nasihat kepada kami semua. Aku melihat Anis, kelihatan air mata mengalir dipipinya apabila mendengar kata-kata terakhir Miss Syahirah. Sungguh sayu aku melihat Anis menangis.

Loceng berbunyi, sebelum Miss Syahirah keluar kami sempat bersalaman dan memohon maaf kepada Miss Syahirah. Ketika itu terdengar suara esak tangis beberapa pelajar dan apa yang menarik perhatian aku apabila melihat mata Ali dan Imran turut sama merah.

Adam Rizal

Thursday, April 2, 2009

Episod Kesepuluh

Sementara aku menunggu Cikgu Vijaya masuk ke kelas, mataku asyik memandang Anis. Hatiku asyik memuji kecantikannya. Ketika aku asyik termenung memandang Anis, bahuku dicuit oleh Ali.

"Aku tahu kau gila anggau dekat Anis, tapi janganlah jiwang sangat," kata Ali kepada aku dengan nada bergurau.

" Kalau aku kata kau anggau dan mat bunga kau marah. HAHAHA... Tapi Anis memang lawa. Berseri-seri lah dia,"celah Faiezwan pula.

Kami sama-sama ketawa terutama sekali Ali. Ali memang sangat terkenal di dalam kelas dengan ketawa besarnya dan riuh rendah. Dia memang suka menyakat semua rakan-rakan di kelas. Telatah dan kerenahnya membuatkan kami memang tidak kering gusi. Ketika kami sedang berbual dan bergelak ketawa, Ammar yang sedang berbual dengan Zul, terus menghentak meja aku. Dia memandang aku dengan rasa tidak puas hati.

Tiba-tiba orang yang dinanti, Cikgu Vijaya masuk ke kelas. Nasib baik cikgu masuk, kalau tidak aku tidak tahu apa yang akan berlaku. Hari ini Cikgu Vijaya masuk ke kelas dengan gaya dan fesyen rambut yang baharu. Sungguh menarik dan berseri-seri Cikgu Vijaya hari ini. Setelah memberi ucapan selamat, Amira terus memuji gaya rambut terkini cikgu. Cikgu Vijaya tersenyum manis sambil menyentuh rambutnya. Kemudian cikgu memulakan kelas. Selesai menerangkan bab baru matematik , cikgu menyuruh Khairul, Taqi, Ammar dan aku menyelesaikan masalah matematik dipapan hitam. Setelah lima minit, hanya Ammar sahaja yang terkial-kial dihadapan.

" Ammar kenapa kamu tidak boleh buat? Kamu tidak memberikan tumpuan semasa saya memberi penerangan," tanya Cikgu Vijaya kepada Ammar.

" Maafkan saya cikgu. Saya tidak faham," balas Ammar dengan nada yang lembut sambil membuat muka kesian.

" Tadi saya tanya paham atau tidak semua cakap paham. Kenapa kamu tidak......", Kring!!!! bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah bermula dan terus mematikan kata-kata Cikgu Vijaya.

" Kamu bernasib baik Ammar tapi lepas ini tanya kawan bagaimana membuatnya dan jika masih tidak faham datang jumpa saya. Semua boleh pergi rehat," kata Cikgu Vijaya dan disambut gembira semua pelajar.

Hari ini Aizat, Safuan, Ali dan Faiezwan menemankan aku makan di kantin. Ketika kami sedang asyik berbual loceng berbunyi. Kami bergegas masuk ke kelas kerana sekarang masa Miss Syahirah. Tiba-tiba Nawarzir membuat pengumuman yang Miss Syahirah akan masuk lewat kerana mesyuarat. Semua pelajar disuruh membuat kerja masing-masing dan jangan membuat bising. Semua orang membuat kerja masing-masing dan seperti biasa Ali dan kumpulannya akan membuat bising dan akan menyakat siapa sahaja yang mereka mahu.

Sedang aku membaca buku, Ammar menghentak mejaku lalu menolak aku kebelakang.

" Aku sudah bagi kau amaran tapi kenapa kau degil," tengking Ammar kepada aku.

Pada masa yang sama satu tumbukan padu hinggap ke perut aku membuatkan aku terduduk. Seluruh kelas yang seketika kecoh tergamam melihat Ammar yang seperti orang gila. Ammar menyerang aku sekali lagi tetapi kali ini aku berjaya menepis dan giliran aku pula membalas tumbukan. Tumbukan sulungku hinggap ke perut Ammar sehingga membuatkan Ammar jatuh tersungkur. Suasana bertambah riuh dengan suara pelajar perempuan menjerit terutama sekali suara Azreen dan Amira.

Ammar bangun dan terus menyerang aku tetapi kali ini dia telah dihalang oleh beberapa pelajar. Aizat, Faiezwan,Amirul, Bob dan Nabil menahan Ammar dan cuba menenangkan dia manakala Ali,Choo dan Zul menghalang aku dari bertindak balas. Ammar bertambah berang sehingga menendang kaki meja sehinga patah.

Bunyi bising dan riuh rendah telah menarik perhatian beberapa orang cikgu dan pelajar kelas sebelah ke kelas aku. Puan Alimah yang juga guru disiplin kebetulan mengajar kelas sebelah masuk dan terus menengking menyuruh semua pelajar duduk di tempat masing-masing. Dia kemudian mengarahkan Ammar dan aku ke depan. Puan Alimah memarahi kami dan bertanyakan kenapa kami bergaduh. Belumpun sempat kami menjawap satu sebatan hinggap di pungkok kami. Puan Alimah mengarahkan kami ke bilik disiplin.

Imran bin Joon