Saturday, February 28, 2009

Episod Kelima

Aku rasa seperti mahu demam, tapi aku tetap ke sekolah. Dalam perjalan ke kantin, aku ternampak Anis bersama rakan-rakannya. Mukanya yang comel membuatkan aku rasa seperti terbang melayang-layang. Sengal-sengal badan pun rasa semakin kurang. Wah! Cantiknya Anis, alangkah beruntungnya aku kalau ...... Bukk!!! Aku terhantuk tiang di kantin.

"Aduh, sakitnya kepala aku", aku merunggut sambil menggosokkan kepala aku.

Anis dan kawan-kawannya melihat apa yang berlaku pada aku tadi. Mereka semua menggelakkan aku kecuali Anis. Choo gelak paling kuat sekali gelak. Aku berasa begitu malu pada Anis. Aku bergegas meninggalkan kantin dan segera menuju ke tandas.

Aku membasuh muke aku beberapa kali. Tiba-tiba tandas menjadi gelap gelita. Aku terkejut dan jantungku berdegup dengan kencangnya. Aku berlari keluar tapi malangnya pintu tandas telah terkunci. Aku cuba membuka pintu itu dan menjerit meminta tolong. Usaha aku sia-sia. Aku ketakutan. Aku merasa kan seperti ada sesuatu dibelakangku. Sebaik sahaja aku menoleh kebelakang, aku terlihat ada sebuah buku bercahaya sedang terapung-apung dihadapanku. Aku memberanikan diri untuk menghampiri buku tersebut dan membukanya. Sebaik sahaja aku membuka buka itu, kelihatan sesuatu keluar dari buku tersebut. Sukar untuk aku menggambarkan benda tersebut tetapi ianya seolah-olah sebijik bola yang bercahaya. Bebola tu menghampiriku. Aku berundur ke pintu dan cuba membuka pintu itu tetapi masih terkunci. Tiba-tiba aku terdengar satu suara.

"Shafiz, bantulah kami. Dunia kami dalam bahaya. Hanya engkau dan tiga lagi rakanmu yang boleh membantu menyelamatkan dunia kami.Aku selalu memerhatikan kamu Shafiz dan kaulah yang paling layak untuk membantu kami. Bila sampai masanya nanti, serulah aku dan kuasa apiku akan bersatu dengan kau Kau adalah insan terpilih Shafiz", bebola api itu mengulangi perkataan insan terpilih beberapa kali.

Tiba-tiba bebola api itu menuju kearahku dan mengeluarkan satu cahaya yang terang benderang. Aku terjatuh.

"Shafiz bangun, Shafiz. Kau tidak ada apa-apa ke?", suara anis bermain-main ditelingaku. Perlahan-lahan aku membuka mata. Kelihatan Anis dan rakan-rakannya berada disekililing aku. Aku bertanya kepada mereka apa yang telah terjadi kepada aku. Sambil gelak terbahak-bahak, Choo menjawap "Kau terjatuh selepas langgar tiang tu'.

Aku berasa begitu aneh mendengar kata-kata Choo tadi. Seinggat aku, aku melarikan diri ke tandas sebaik sahaja aku melanggar tiang. Aku menoleh kekiri dan kekanan dan mendapati aku masih berasa di kantin.Anis membantu aku berdiri. Tiba-tiba aku merasakan tapak tangan kanan akubegitu sakit dan berdenyut-denyut. Aku menggosok-gosok tanganku dan mendapati ada parut seperti bebola api muncul perlahan-lahan. Pelbagai persoalan muncul di mindaku. Apa yang telah berlaku kepadaku?Apakah maksud parut ini? Apa yang sebenarnya terjadi kepadaku?Adakah aku insan terpilih? Adakah ini semua benar ataupun hanyalah mimpi? ......

Atiqah

Tuesday, February 24, 2009

Episod Keempat

Hari itu seperti biasa aku ke sekolah. Dalam perjalanan, aku melihat seorang pelajar perempuan jatuh dari basikalnya. aku berlari ke arah pelajar perempuan itu untuk membantu. Aku membantu dia berdiri. Tanpa mengucapkan apa-apa, dia terus mengayuh ke sekolah. Aku terlihat yang mukanya merah padam. Aku teringin berkenalan dan bertanyakan nama tetapi tidak kesampaian.

Kelas bermula dan mata pelajaran pertama ialah Bahasa Inggeris. Sedang Miss Syahirah mengajar, penyelia petang datang ke kelas bersama seorang pelajar. Pelajar baru di kelas kami. Miss Syahirah menyuruh pelajat tersebut memperkenalkan diri. Ketika dia memperkenalkan diri, aku baru perasan yang dialah pelajar yang terjatuh tadi.

" Atiqah rupanya," bisik aku di dalam hati.

Sewaktu Atiqah memperkenalkan diri, dia terpandang ke arahku, wajahnya kembali kemerah-merahan.

Semasa rehat, aku berfikir, adakah Atiqah suka pada aku? Ketika aku asyik memikirkan pasal Atiqah, aku terdengar suara Anis memanggil namaku. Dia meminta tolong supaya menemaninya ke meja Cikgu Auzani untuk mengambil buku karangan. Tanpa berfikir panjang aku terus menemaninya dan kami berbual bermacam perkara. Cikgu Auzani menyuruh kami memanggil beberapa pelajar yang tidak menghantar buku. Cikgu nampak begitu marah. Dalam perjalanan ke kelas, Anis mengucapkan terima kasih sambil tersenyum kerana menemaninya. Aku pula membalas dengan senyuman yang begitu manis. Mungkin senyuman aku kali ini lebih manis dari senyuman Ammar.

Di kelas Kugan datang bertemuku.Kugan banyak bertanya tentang perasaan aku terhadap Anis. Aku hanya menjawap Anis kawan baik aku di sekolah ini. Kami kawan rapat. Kugan seorang pengawas yang baik di sekolahdan dia mencadangkan aku menjadi pengawas. Dia mahu memberi nama aku kepada cikgu untuk dicalonkan menjadi pengawas. Aku berterima kasih kepadanya.

Petang itu ketika aku berjalan pulang, Atiqah menemuiku untuk berterima kasih. Tanpa aku sedari, Anis berada tidak jauh daripada kami.........

Choo Yun Hong

Friday, February 20, 2009

Episod Ketiga

Seminggu sudah berlalu. Sekarang, dalam kelas adalah waktu matapelajaran Bahasa Melayu. Aku cukup seronok belajar pelajaran tersebut kerana guru yang mengajarnya cukup pandai berjenaka tetapi di dalam jenakanya jelas menunjukkan ketegasannya. Guru tersebut bernama Encik Auzani.

Tapi sayang sekali kerana pada waktu itu aku tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana aku bagai ditarik oleh gelombang untuk hanya menumpukan perhatian kepada seseorang yang aku anggap sungguh comel iaitu, Anis. Semasa waktu rehat, mindaku ligat berfikir adakah aku suka kepada dia? Aku bertambah keliru.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Persoalan yang membuatkan aku sering tertanya-tanya itu masih tiada jawapan. Sekali lagi aku tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana asyik memerhatikan Anis. Puan Vijaya menyuruh aku, Nawarzir dan Imran membuat latihan matematik di papan hitam. Selepas seminit, hanya tinggal aku sahaja yang masih terkial-kial mencari jawapan. Ternyata Nawarzir dan Imran hebat dalam matematik. Aku menyesal kerana tadi aku tidak menumpukan perhatian ketika Puan Vijaya memberti tunjuk ajar.

Kebetulan ada seorang guru memanggil Puan Vijaya ke pejabat. Sebelum dia keluar dia menyuruh aku menyiapkan soalan tersebut. Puan Vijaya berlalu pergi. Tiba-tiba ada seseorang berdiri disebelah aku. Bila aku menoleh, rupa-rupanya Anis.Dia tersenyum manis kearahku. Berdebar-debar jantungku bagai nak tercabut rasanya. Dia menawarkan pertolongan untuk menjawab soalan tersebut. Tanpa berfikir panjang aku terus bersetuju kerana penat berdiri lama.Ketika Anis membantu aku kedengaran suara mengusik kami.

"Anis, bila aku buat kau tak nak tolong, sampai hati kau," suara misteri yang datang dari arah tingkap berdekatan pintu hadapan kelas.

Kami berdua tercari-cari siapakah gerangan yang bersuara tadi.Sekembalinya Puan Vijaya dia terus menyemak jawapan aku. Alhamdullilah, betul jawapannya. Aku bercadang semasa pulang dari sekolah nanti, aku mahu bertemu dengan Anis untuk mengucapkan terima kasih. Aku terlihat kelibat Anis di pinta hadapan sekolah. Aku segera memanggil namanya. Dia menoleh dan datang menghampiriku. Sekali lagi jantungku berdegup kencang. Tanpa melengahkan masa, aku mengucapkan terima kasih. Ucapan tersebut dibalas dengan satu senyuman yang cukup ikhlas.

Ketika mereka berdua sedang bersembang, tanpa disedari ada sepasang mata yang begitu tajam sedang memerhatikan mereka.

Nabila bt Mohd Johari

Tuesday, February 17, 2009

Episod Dua

Pagi itu seperti biasa aku bangun awal. Menolong ibu berniaga adalah rutin harianku. Aku akan membawa sebuah buku untuk dibaca. Alhamdullilah, rezeki kami pada pagi ini sangat murah. Semua kuih habis dijual. Selepas berkemas aku dan ibu pulang kerumah dan aku terus bersiap untuk ke sekolah.

Jam menunjukkan pukul dua belas tengah hari. Ketika matahari berdiri tegak diatas kepala, aku memulakan langkah ke sekolah. Walaupun ini hari pertama persekolahan, ibu tidak dapat menemaniku kerana menghantar adik ke sekolah barunya. Aku pergi bersendirian. Takut, teruja, cuak, gembira, bersilih ganti dalam diriku. Aku orang baru disekolah ini. Aku masih ternanti-nanti, kelas mana aku akan ditempatkan. Setelah habis perhimpunan, cikgu mengarahkan semua pelajar ke kelas masing-masing. Pada masa yang sama aku diarahkan ke kelas baruku, 2 Budi. Aku berasa bangga kerana aku diberitahu kelas tersebut adalah kelas kedua terbaik dan ini membuatkan aku begitu bersemangat untuk belajar.

Seorang guru telah masuk ke kelasku. Dia memperkenalkan dirinya. Puan Vijaya, manis namanya semanis orangnya.Walaupun begitu nampak ketegasannya. Dia guru kelasku pada tahun ini. Selepas itu kami membuat sesi suai kenal. Memandangkan aku pelajar baru, aku terpaksa memulakan sesi ini. Setelah selesai kami bermain satu permainan untuk menghiburkan hati kami tetapi permainan itu terpaksa diberhentikan untuk solat Zohor. Semua pelajar Islam wajib menunaikan solat.

Setelah selesai, kami kembali ke kelas untuk menyambung sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru kelas kami bercadang untuk melantik beberapa jawatan seperti ketua kelas, penolongnya, bendahari dan beberapa ajk kelas. Anis yang comel itu telah dilantik menjadi ketua. Aku antara yang menyokong perlantikannya. Penolong Anis pula ialah Nawarzir. Selepas itu kami dibenarkan untuk berehat.

Petang itu setelah solat Asar, baru kami mendapat jadual kelas untuk tahun ini. Tepat pukul 6.40 petang kami dibenarkan balik. Bagi aku, aku cukup seronok pada hari ini. Kawan-kawan boleh menerima aku walaupun aku pelajar baru dan aku tidak sabar untuk kesekolah esok hari.

Akmal Nabil bin Samsi

Wednesday, February 11, 2009

Episod Satu

Matahari mulai terbit ke timur, menerangi alam dengan cahayanya. Jam di dinding menunjukkan pukul 7 pagi. Pada waktu begini, aku dan adikku Nazatul mula membantu ibu menyusun kuih ke dalam bekas. Kadangkala aku terbangun lewat kerana terlalu letih.

Kami sekeluarga tinggal di rumah flat yang yang berada di Seksyen 7, Shah Alam. Inilah salah satu dugaan kami kerana kami perlu mengangkat bekas-bekas tersebut dari tingkat lima hingga ke bawah. Aku pernah tergelincir kerana tangga terlalu licin lalu ibu mengambil ubat dan disapukan ke kakiku. Itulah pengalaman yang akan aku ingat sampai bila-bila. Terima kasih ibu. Kami membuka kedai di tepi jalan. Setiap hari, kami menyusun meja dan menegakkan payung yang besar bagi melindungi kami dari panas dan hujan. Lalu kami susunkan bekas-bekas tersebut di atas meja. Walaupun sangat memenatkan, semakin lama ianya menjadi biasa, seperti pepatah alah bisa tegal biasa.

Sejak ayah meninggal dunia, hidup kami tidak seceria seperti dahulu lagi. Ayah pergi ketika aku berumur lapan tahun. Kata ibu, ayah pergi kerana serangan jantung. Walaupun ketika itu aku masih kecil, tetapi pabila melihat ibu menangis, aku pun turut menangis.

Kadangkala ibu menerima tempahan baju kurung dari jiran-jiran. Ia sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan seharian kami. Pendapatan bersih hasil jualan kuih sebanyak RM 30 sehingga RM 50 sehari. Ibu cuma dapat membeli ikan, sayuran dan barang-barang keperluan dapur. Baki dari pembelanjaan itu ibu akan simpan di dalam bank untuk kegunaan adikku di masa hadapan.

Kehidupan aku bukan seperti kanak-kanak lain kerana semua yang aku impikan tidak seperti yang aku harapkan. Aku perlu tabah mengharungi kehidupan ini. Tanpa seorang ayah disisi. Semasa disekolah rendah, aku sering dibuli oleh kawan-kawan. Mungkinkah kerana aku tiada ayah?. Setiap hari aku melihat ramai kawan-kawanku pulang dengan dijemput ayah, sedangkan aku pulang bersendirian, membuatkan aku berasa cemburu pada mereka. Walaupun begitu, aku redha dengan ketentuan Ilahi. Keperitan ini perlu aku tinggalkan. Aku akan mulakan tahun ini dengan azam baru kerana aku akan belajar disekolah yang baru. Sekolah Menengah Seksyen 7, Shah Alam adalah dunia baru bagiku.

Aku berharap akan mendapat banyak kawan yang mahu mendengar kedukaan tentang perjalanan hidupku ini .

Safuan b Mohd Sabri