Tuesday, September 29, 2009

Episod Dua Puluh Tujuh

"Aduh! Sakitnya kepala aku", kata Kugan sambil menggosok kepalanya. Kebetulan Cikgu Sharul iaitu guru kaunselor sesi petang lalu di depan kelas aku dan ternampak peristiwa tadi. Dengan nada tinggi, Cikgu Sharul menjerit, "Hoi, apa kamu berdua buat?". Kugan yang sedang menangis teresak-esak menjawab, "Dia membaling kerusi pada saya lalu terkena kepala saya dan berdarah!". Kugan menunjukkan tangannya yang terdapat kesan darah. Aku terus menyampuk, "Dia yang memulakan pergaduhan ini, cikgu". Cikgu Sharul terus berkata, "Lekas pergi ke bilik kaunseling sekarang".

Seterusnya, cikgu kaunselor menyuruh Choo untuk menemani Kugan ke bilik rawatan untuk merawat luka di kepalanya. Aku terus masuk ke bilik kaunseling dan menunggu Kugan serta Cikgu Sharul masuk. Cikgu menyuruh kami berdua duduk dan bertanya, "Apa yang berlaku antara kamu berdua?". Aku terus menjawab, "Dia cakap pada saya bahawa Nawarzir suka Anis, oleh itu saya terus memarahi dia". Lalu Cikgu Sharul bertanya, "Kenapa awak marah Kugan kalau Nawarzir suka Anis? Aku terus menjawab, "Dia 'girlfriend' saya".
"Kecil-kecil dah nak bercinta", sampuk Cikgu Sharul.

Selepas itu, Cikgu Sharul berbincang dengan Cikgu Farah Wahida dan mereka membuat keputusan untuk menggantungkan kami dari sekolah selama seminggu. Aku meminta maaf kepada Kugan dan kami berbincang untuk minta maaf kepada cikgu supaya kami tidak dihukum. Akhirnya, cikgu tidak menghukum kami. Dalam perjalanan balik ke kelas, Choo menegur kami. "Shafiz, kau ingat kau tu Superman ke?". Aku berasa malu dan aku meminta maaf sekali lagi dengan Kugan. Kugan dengan senang hati memaafkan aku lalu kami berpelukkan. Apabila tiba di kelas, semua orang memandang ke arah aku dan Kugan. Anis berlari ke arah aku dan.....

Kugan

Friday, September 11, 2009

Episod Dua Puluh Enam

Aku pun menjawab bahawa aku mendapat 3A. Selepas itu , aku bertanya pasal markah ujian Bulanan 2 pada semua kawan-kawanku. Mereka menjawab ada yang berpuas hati dan ada yang tidak berpuas hati. Jam telah menunjukkan tepat pada pukul 5.25 petang. Kami telah mengemas beg dan bersedia untuk pulang ke rumah. Loceng telah berbunyi dan kami pun pulang ke rumah.

Pada keesokkan harinya, sekolah bermula seperti biasa. Waktu pertama ialah waktu P.Islam dan P.Moral. Kami belajar seperti biasa. Semasa Ustazah Manisah sedang mengajar, Safuan melihat Nawazir asyik melihat Anis. Pada waktu ketiga ialah masa Matematik. Pn. Vijaya masuk dan menyuruh kami mengeluarkan buku latihan dan menyalin soalan yang diberi. Semasa Pn. Vijaya sedan menyalin soalan di papan hitam , Nawazir sedang melihat Anis. Safuan telah melihat dan memberitahu pada kawan-kawannya.

Selepas mata pelajaran Matematik adalah waktu rehat. Semua murid duduk di dalam kelas sahaja. Pada masa itu, Safuan dan kawan-kawan mengejek Nawazir sukan Anis. Aku dan Anis melihat Nawazir dengan keadaan marah. " Kenapa kau asyik melihat Anis?", kata Safuan kepada Nawazir. " Aku selalu nampak kau asyik melihat Anis" , tambahnya lagi. Nawazir hanya menjawab " Mana ada".

Selepas tamat waktu rehat, Kugan , Choo , dan Tinish masuk ke kelas dan mengejek Nawazir. Kugan telah memberitahu aku bahawa Nawazir menyukai Anis dengan nada bergurau. Tiba-tiba aku berasa marah dekat Kugan. Kugan telah membaling kerusi ke arah aku dan aku sempat mengelak daripada terkena. Aku tidak dapat menahan perasaan marah aku lalu aku membaling kerusi lain dan menghentak kepala Kugan sehingga berdarah.


Tinish

Wednesday, September 9, 2009

Episod Dua Puluh Lima

Seperti biasa, Anis dengan muka comel melangkah kaki ke dalam kawasan sekolah. Setiba sahaja di dewan terbuka SMK Seksyen 7, dia dikerumuni oleh rakan- rakannya di 2 Budi. Masing- masing sibuk menanyakan keadaan kesihatan Anis. Anis cuma menjawab dengan senyuman lalu berkata, " terima kasih rakan- rakan. Saya sihat dan semalam saya cuma demam panas. Maklumlah bulan puasa, saya berasa pening lalu pengsan."

Keadaan kembali tenang semula apabila semua orang mengetahui hal sebenarnya tanpa membuat ulasan sendiri. Anis menghampiriku lalu mengucapkan ribuan terima kasih di atas pertolongan yang diberikan. Aku berasa sangat gembira pada saat tersebut.

Loceng dibunyikan tepat pada puluk 12.45 p.m. Disebabkan bulan puasa, sekolah bermula awal dan tamat pada pukul 5.30 petang. Seperti biasa, kami sekelas memulakan sesi pembelajaran pertama iaitu pendidikan islam dan pendidikan moral. Pelajar yang bukan beragama islam turun ke bilik moral manakala pelajar islam belajar di dalam kelas. Memandangkan kami baru habis peperiksaan bulanan 2 minggu lepas, kami mendapat satu demi satu kertas pada setiap matapelajaran dengan keputusannya.

Kali ini juga terdapat persaingan diantara Sharmla, Nawarzir dan Nadia untuk megisi tempat pertama di kelas. Tapi kali ini muncul seorang lagi iaitu Priemellah. Mereka ini semua berada di tahap yang lebih kurang sama sahaja. Nawarzir memdapat 5 A, Sharmla 4 A, Nadia 3 A dan dituruti Priemellah iaitu 4 A. Keputusan akan diketahui dalam masa semiggu.

Anis menghampiriku untuk menanyakan keputusan aku. Aku pun menjawab .....

Priemellah Jessie