Friday, June 10, 2011

Aku Shafiz?

dah lama tak masuk blog nie... bila tengok2 masih ada lagi pelawat..

Shafiz mungkin berakhir begini kerana penulis-penulisnya sudah sudah tak belajar di kelas 2Budi lagi.. tetapi ada dikalangan mereka mahu meneruskan kembali cerita ini..

Insya-Allah... kalau ada rezeki cerita ini akan bersambung kembali... terima kasih kepada mereka yg masih melawat blog ini..

Wednesday, October 21, 2009

Episod Dua Puluh Lapan

Anis berlari ke arah aku dan ia membuatkan aku menjadi cemas. Anis bertanya kepada aku, "Shafiz , kau kena gantung sekolah ke?", aku menjawab , "Tak. Cikgu Shahrul cuma memberi amaran sahaja.", kemudian , Anis pun merasa lega. Aku terfikir kenapa Anis begitu risau terhadap aku. Adakah dia menaruh perasaan terhadap aku?

Loceng telah berbunyi dan kami menuju ke dewan terbuka untuk menunaikan solat Asar. Sebelum aku mengambil wuduk , Aizat menegurku. "Kenapa kau membaling kerusi ke arah Kugan hanya disebabkan dia cakap Anis suka dekat Nawazir? Lain kali fikir dulu sebelum membuat sesuatu." Selepas habis solat Asar , aku berjalan ke kelas aku. Aku memikirkan tentang semua kejadian-kejadian yang terjadi pada aku dari mula aku masuk sekolah sehinggalah ke hari ini.

Loceng sekolah terakhir sudah berbunyi menandakan sesi persekolahan sudah pun berakhir. Aku pun berjalan sambil ditemani Imran , Muhtadi dan Ameer. Sebelum aku berjalan pulang ke rumah, aku berbual-bual dengan mereka. Aku terlalu leka berbual sehingga lewat pukul 7.00 malam. Aku bergegas pulang ke rumah agar ibuku tidak bimbang akan keadaanku. Bila aku tiba di rumah , ibuku memanggil aku. Katanya ada sesuatu yang penting ingin diberitahu kepadaku.

Ibu memberitahuku bahawa kami sekeluarga akan berpindah balik ke kampung halaman ibuku tidak lama lagi. Aku berasa terkejut selepas ibu memberitahu hal tersebut. Aku menanyakan kepada ibuku , "Kenapa kita kena berpindah balik ke kampung secara tiba-tiba ibu?". Ibuku menjawab dengan sayu , "Nenek kamu sedang sakit tenat dan tiada siapa mahu menjaganya. Ibu terpaksa dan tiada pilihan. Nanti bila nenek sudah sembuh , bolehlah kita pulang ke sini semula ye." Aku berasa sedih tapi aku memahami keadaan ibu. Aku terus baring di atas katil dan memikirkan mungkinkah ini adalah jalan penyelesaian yang terbaik buat ku kini?


Hanafi

Tuesday, September 29, 2009

Episod Dua Puluh Tujuh

"Aduh! Sakitnya kepala aku", kata Kugan sambil menggosok kepalanya. Kebetulan Cikgu Sharul iaitu guru kaunselor sesi petang lalu di depan kelas aku dan ternampak peristiwa tadi. Dengan nada tinggi, Cikgu Sharul menjerit, "Hoi, apa kamu berdua buat?". Kugan yang sedang menangis teresak-esak menjawab, "Dia membaling kerusi pada saya lalu terkena kepala saya dan berdarah!". Kugan menunjukkan tangannya yang terdapat kesan darah. Aku terus menyampuk, "Dia yang memulakan pergaduhan ini, cikgu". Cikgu Sharul terus berkata, "Lekas pergi ke bilik kaunseling sekarang".

Seterusnya, cikgu kaunselor menyuruh Choo untuk menemani Kugan ke bilik rawatan untuk merawat luka di kepalanya. Aku terus masuk ke bilik kaunseling dan menunggu Kugan serta Cikgu Sharul masuk. Cikgu menyuruh kami berdua duduk dan bertanya, "Apa yang berlaku antara kamu berdua?". Aku terus menjawab, "Dia cakap pada saya bahawa Nawarzir suka Anis, oleh itu saya terus memarahi dia". Lalu Cikgu Sharul bertanya, "Kenapa awak marah Kugan kalau Nawarzir suka Anis? Aku terus menjawab, "Dia 'girlfriend' saya".
"Kecil-kecil dah nak bercinta", sampuk Cikgu Sharul.

Selepas itu, Cikgu Sharul berbincang dengan Cikgu Farah Wahida dan mereka membuat keputusan untuk menggantungkan kami dari sekolah selama seminggu. Aku meminta maaf kepada Kugan dan kami berbincang untuk minta maaf kepada cikgu supaya kami tidak dihukum. Akhirnya, cikgu tidak menghukum kami. Dalam perjalanan balik ke kelas, Choo menegur kami. "Shafiz, kau ingat kau tu Superman ke?". Aku berasa malu dan aku meminta maaf sekali lagi dengan Kugan. Kugan dengan senang hati memaafkan aku lalu kami berpelukkan. Apabila tiba di kelas, semua orang memandang ke arah aku dan Kugan. Anis berlari ke arah aku dan.....

Kugan

Friday, September 11, 2009

Episod Dua Puluh Enam

Aku pun menjawab bahawa aku mendapat 3A. Selepas itu , aku bertanya pasal markah ujian Bulanan 2 pada semua kawan-kawanku. Mereka menjawab ada yang berpuas hati dan ada yang tidak berpuas hati. Jam telah menunjukkan tepat pada pukul 5.25 petang. Kami telah mengemas beg dan bersedia untuk pulang ke rumah. Loceng telah berbunyi dan kami pun pulang ke rumah.

Pada keesokkan harinya, sekolah bermula seperti biasa. Waktu pertama ialah waktu P.Islam dan P.Moral. Kami belajar seperti biasa. Semasa Ustazah Manisah sedang mengajar, Safuan melihat Nawazir asyik melihat Anis. Pada waktu ketiga ialah masa Matematik. Pn. Vijaya masuk dan menyuruh kami mengeluarkan buku latihan dan menyalin soalan yang diberi. Semasa Pn. Vijaya sedan menyalin soalan di papan hitam , Nawazir sedang melihat Anis. Safuan telah melihat dan memberitahu pada kawan-kawannya.

Selepas mata pelajaran Matematik adalah waktu rehat. Semua murid duduk di dalam kelas sahaja. Pada masa itu, Safuan dan kawan-kawan mengejek Nawazir sukan Anis. Aku dan Anis melihat Nawazir dengan keadaan marah. " Kenapa kau asyik melihat Anis?", kata Safuan kepada Nawazir. " Aku selalu nampak kau asyik melihat Anis" , tambahnya lagi. Nawazir hanya menjawab " Mana ada".

Selepas tamat waktu rehat, Kugan , Choo , dan Tinish masuk ke kelas dan mengejek Nawazir. Kugan telah memberitahu aku bahawa Nawazir menyukai Anis dengan nada bergurau. Tiba-tiba aku berasa marah dekat Kugan. Kugan telah membaling kerusi ke arah aku dan aku sempat mengelak daripada terkena. Aku tidak dapat menahan perasaan marah aku lalu aku membaling kerusi lain dan menghentak kepala Kugan sehingga berdarah.


Tinish

Wednesday, September 9, 2009

Episod Dua Puluh Lima

Seperti biasa, Anis dengan muka comel melangkah kaki ke dalam kawasan sekolah. Setiba sahaja di dewan terbuka SMK Seksyen 7, dia dikerumuni oleh rakan- rakannya di 2 Budi. Masing- masing sibuk menanyakan keadaan kesihatan Anis. Anis cuma menjawab dengan senyuman lalu berkata, " terima kasih rakan- rakan. Saya sihat dan semalam saya cuma demam panas. Maklumlah bulan puasa, saya berasa pening lalu pengsan."

Keadaan kembali tenang semula apabila semua orang mengetahui hal sebenarnya tanpa membuat ulasan sendiri. Anis menghampiriku lalu mengucapkan ribuan terima kasih di atas pertolongan yang diberikan. Aku berasa sangat gembira pada saat tersebut.

Loceng dibunyikan tepat pada puluk 12.45 p.m. Disebabkan bulan puasa, sekolah bermula awal dan tamat pada pukul 5.30 petang. Seperti biasa, kami sekelas memulakan sesi pembelajaran pertama iaitu pendidikan islam dan pendidikan moral. Pelajar yang bukan beragama islam turun ke bilik moral manakala pelajar islam belajar di dalam kelas. Memandangkan kami baru habis peperiksaan bulanan 2 minggu lepas, kami mendapat satu demi satu kertas pada setiap matapelajaran dengan keputusannya.

Kali ini juga terdapat persaingan diantara Sharmla, Nawarzir dan Nadia untuk megisi tempat pertama di kelas. Tapi kali ini muncul seorang lagi iaitu Priemellah. Mereka ini semua berada di tahap yang lebih kurang sama sahaja. Nawarzir memdapat 5 A, Sharmla 4 A, Nadia 3 A dan dituruti Priemellah iaitu 4 A. Keputusan akan diketahui dalam masa semiggu.

Anis menghampiriku untuk menanyakan keputusan aku. Aku pun menjawab .....

Priemellah Jessie

Thursday, August 20, 2009

Episod Dua Puluh Empat

Pada keesokan harinya, aku dan rakan rakan kecuali Ammar datang melawat Anis sekali lagi. Tetapi aku cuma dapat melawat Anis sebentar sahaja kerana aku perlu pergi ke sekolah. Sementara itu, rakan rakan yang lain akan menemani Anis dengan waktu yang lebih lama.

Dengan segera, aku bertolak ke sekolah dengan menaiki bas awam. Apabila sampai sahaja di sekolah, Ammar mengajak aku pergi ke kantin untuk bertemu dengan seseorang.

"Kau ni nak bawa aku pergi jumpa siapa, Ammar?" Aku bertanya kepada Ammar.

"Kau ada peminatlah, budak ni dah lama teringin nak jumpa kau." Ammar manjawab.

"Peminat? Siapa?." Aku bertanya lagi.

"Nama dia Zulaikha, kelas 2 Gemilang. Tetapi, dia mempunyai sepupu yang menjaganya." Ammar menerangkan.

"Siapa nama sepupu dia?" Aku bertanya.

"Ahnaf.." Ammar menjawab.

"Kelas apa?" Aku bertanya lagi.

"Kelas 2 Gemilang juga." Ammar menjawab.

Sedar tidak sedar, aku sudah berada di kantin.

"Haa!! Inilah Zulaikha." Ammar memperkenalkan kapada aku.

Dengan tidak sengaja, aku tergamam melihat rupa paras Zulaikha yang cantik.

"Hai.." Aku berkata kepada Zulaikha.

"Hai.." Zulaikha menjawab.

Jantung aku mengencang dengan lebih kuat sehinggakan seperti ingin meletup. Tiba tiba sepupunya yang bernama Ahnaf mangajak dia masuk ke kelas,

"Ops..! Sory, I have to go, my cousin called me. Okay, bye." Zulaikha berkata.

Hati aku bertambah kuat mengencang selepas mendengar Zulaika berbicara denganku. Tiba tiba Ammar berkata kepadaku, "Kau kena berhati hati berkawan dengan si Zulaikha tu kerana sepupu dia sangat sangat menjaganya. Dari segi maruah, kawan dan segala-galanya."

"Ohh, okey.." Aku menjawab.

Selepas itu, kelihatan seorang budak perempuan datang ke kantin lalu terus menuju ke tempat aku dan Ammar berada lalu menegurku. Aku melihat ke tanda namanya yang bertulis ATIKAH.

"Budak ni namanya Atikah. Dia murid kelas 1 Terbilang." Ammar menerang.

"Atikah, inilah Shafiz yang awak nak berkenalan sangat tu." Ammar berkata kapada Atikah.

"Oh, hai Shafiz!" Atikah menegur aku.

"Hai.." Aku menjawab.

Aku menjadi hairan pada hari ini kerana begitu untungnya aku. Aku perlu mengambil kesempatan terhadap semua ini sementara Anis tidak ada di sekolah.
Selepas itu, hati aku lega kerana mendengar rakan rakan memberitahuku bahawa Anis sudah mulai pulih dan boleh datang ke sekolah pada esok hari.

Muhammad Izman Ishak

Wednesday, August 19, 2009

Episod Dua Puluh Tiga

Muka masing masing kian gelisah. Anis masih tidak ada khabar berita. H1N1 menambah kekeliruan pada kami. Semua terdiam tanpa kata-kata. Tiba-tiba kami tersentak dengan deruan siren ambulan.

“Kawan kawan, ambulan sudah datang. Siapa yang memanggil ambulan?” kata Muhtadi. “Aku yang memanggil ambulan itu, kataku kepada Muhtadi. “Oh, rupanya kau.” kata Taqi kepadaku. Beberapa minit kemudian, pembantu mengangkat dan cikgu turut serta mengikuti dimasukkan ke dalam ambulan dan dibawa ke hospital.

“Kawan-kawanku, bagaimana dengan ibu dan bapa Anis?” kataku kepada kawanku. “Aku sudah menelefon ibu dan bapa Anis, suruh mereka datang ke sekolah.” Kata Bob. “Betulkah Anis dijangkiti H1N1?” kata Choo yang ingin kepastian. “Tidak tahu lagi sama ada Anis dijangkiti H1N1 atau tidak.” Kata Bob. Aku semakin gelisah dengan keadaan Anis sekarang.

Beberapa minit kemudian, ibu dan bapa Anis tiba di sekolah kami. “Dik, apa yang berlaku ke atas anak saya?” kata mak Anis kepada kami, “Oh, macam ini ceritanya, anak makcik tadi pengsan secara tiba-tiba di kalangan kami, lepas itu kami bawa anak makcik ke bilik rawatan.” Kata Muhtadi kepada mak Anis. “Di mana anak makcik sekarang?” kata mak Anis kepada Muhtadi. “Anak makcik sekarang berada di hospital.” Kata Muhtadi kepada mak Anis.

“Ok, kalau macam itu makcik hendak pergi ke hospital sekarang.” kata mak Anis kepada kalangan kami. Dengan secara tiba –tiba terdengar suatu suara di kalangan kami. “Makcik, saya hendak ikut makcik bersama untuk mengetahui keadaan Anis.” Kataku kepada mak Anis. Dengan serta merta aku dan mak Anis terus pergi ke hospital.

Pada keesokan harinya..

Mohammad Khairul Amirin

Friday, August 7, 2009

Episod Dua Puluh Dua

Aku tergamam. Fikiranku ligat memikirkan tentang Anis. "Hah!Anis pengsan?"celah Taqi. Muhtadi,Bob,Azreena dan Choo meluru mengerumuni Sofea. "Apa,apa,apa?Siapa pengsan? Apahal? "jerit Azreena tidak sabar-sabar mengeruhkan lagi suasana. Beberapa orang lagi datang mengerumuni kami.

"Jom kita tengok dia". Seru Choo yang inginkan lebih kepastian. "Tak boleh la.Cikgu tak bagi. Ada ramai cikgu dekat sana. Cikgu tak mahu pelajar-pelajar menambah sibuk di sana", jelas Sofea. "Apa hal pulak? Kan dia kawan kita? Apa salahnya?". Keluh Choo yang tidak puas hati. Mimik muka Choo jelas menampakkan rasa hampa dan marahnya.

"Agak-agak kenapa dia pengsan hah?" tanya Bob. "Kena sampuk hantu kot?" terdengar suara di kalangan kami, "Yelah, aku ada dengar cerita yang sekolah kita ini ada penunggu. Tahun lepas ada kes budak perempuan kena histeria. Terjerit-jerit dan terus pengsan" jelas Imran bersungguh-sungguh. "Eh,aku pun ada dengar mak cik tukang cuci sekolah kita jumpa hantu tak berkepala. Pengsan juga orang tua tu"kata Ali pula. "Iye ke? Ngeri juga aku macam ni"kata Azreena, gelisah.

"Mengarutlah engkau orang semua ni. Mana ada hantu. Tahyul!" bantah Muhtadi. "Sekarang ni aku risau wabak H1N1"jelas Muhtadi. "H1N1? Apa tu?" sampuk suara-suara di belakang ku. Fikiranku masih berlegar-legar terbayangkan Anis. Hantu? H1N1? Kenapa Anis? "H1N1 tu selsema babi lah. Kau tak baca surat khabar ke? Apa lah!" kata Choo. "H1N1 kini sudah mencapai tahap pendemic. Tahap wabak ini sudah merebak keserata pelusuk dunia. Ini yang kita takutkan. Sekarang ni siapa-siapa sahaja boleh dijangkiti. Masalah ini disebabkan virus. Bukannya boleh nampak. Ada orang yang sudah dijangkiti pun tidak sedar. Mereka ingatkan demam selsema biasa sahaja. Tahu-tahu pengsan dan terus mati" jelas Muhtadi.

"Woi, woi, itu kawan aku tu. Cakap janganlah sembarangan" bantahku. Muhtadi menambahkan kerisauanku. Aku tidak sanggup mendengarnya. "Ya Allah,lindungilah sahabatku ini dari sebarang bencana" bisikku.

"Pendemic tu apa? Eh!Takut lah. Macam mana kita nak elakkan hingus babi ni?" suara-suara kedengaran daripada kalangan kami yang semakin ramai. "Bukan hingus babi lah,ianya selsema babi yang di panggil H1N1 " jelas Choo yang disambut derai ketawa kami di dalam kegelisahan.

"Kita kena berhati-hati bila berada di tempat awam. Selalu basuh tangan untuk elakkan virus. Kalau demam, batuk, sakit tekak atau susah bernafas, cepat-cepat lah berjumpa doktor. Kalau batuk, guna tisu untuk menutup mulut. Kita digalakkan pakai topeng pernafasan untuk mengurangkan penyebaran virus" kata Muhtadi. "Wabak H1N1 ini menggerunkan. Senang tersebar dan kita semua terdedah kepadanya" sambung Choo. "Habis bagaimana? Kita hari-hari berjumpa orang ramai. Mana kita tahu orang itu ada H1N1?" tanya Bob inginkan kepastian. "Jaga diri lah. Kalau tak, pergi duduk kat hutan, tak ada orang!" kata Imran.

Muka masing-masing kian gelisah. Anis masih tidak ada khabar berita. H1N1 menambah kekeliruan pada kami. Semua terdiam sunyi tanpa kata-kata. Tiba-tiba kami tersentak dengan derauan siren ambulan.

Amirul Muhtadi

Thursday, July 16, 2009

Episod Dua Puluh Satu

Pada pagi keesokkan harinya, aku termenung dan tersenyum keseorangan.Ibu dan adikku melihat kelakuanku itu.Kemudian adikku bertanya, "abang,kenapa abang tersenyum seorang-seorang ini?Abang teringatkan kak Anis ye?".Aku tidak menjawab soalan adikku tetapi tersenyum sahaja sedangkan aku memang teringatkan Anis.Aku melihat jam di dinding rumahku.Ah!Aku harus bersiap-siap untuk ke sekolah.
Apabila sampai di sekolah, aku terus menuju ke kelas.Semasa di dalam kelas, aku tercari-cari dimanakah Anis berada,lalu aku bertanya kepada Izman."Izman,kau ada nampak Anis tak?".Izman hanya menjawab,"tak.Kenapa kau cari dia?".Lalu aku menjawab,"tak ada apa-apa."Beberapa minit kemudian, Ustazah Manisah masuk ke kelas dan mengajar seperti biasa.
Kring!Loceng berbunyi menandakan waktu Ustazah Manisah telah tamat.Sekarang bermulalah matapelajaran sains.Nawarzir memberitahu kepada kami bahawa Pn Roziana sedang bermesyuarat.Kami semua diminta membuat kerja masing-masing sementara menunggu mesyuarat tamat.
Aku masih bingung kerana Anis masih tiada di kelas sejak tadi.Aku ternampak Sofea yang berjalan masuk ke dalam kelas.Lalu aku bertanya kepadanya,"Sofea,kau kemana tadi?Dimana Anis?".Sofea menjawab dengan mimik muka yang sedih "Aku menemani Anis di bilik rawatan,dia pengsan.

Hasrina

Thursday, July 9, 2009

Episod Dua Puluh

Tiba-tiba ada orang menyapa aku dari belakang.Aku menoleh ke belakang dan Anis rupanya yang menyapa aku.Aku sangat terkejut.Anis memberi salam kepadaku dan aku segera menjawab salamnya.Anis bertanya kepadaku,"awak cari saya ke?".Aku pun segera menggeleng kepalaku walaupun sebenarnya aku sedang mencarinya.Anis pun terus berlalu pergi dari situ.Aku melihat Anis berlalu dengan hampanya.Aku dan kawan-kawanku terus menuju ke kantin.Setelah 15 minit berlalu, loceng pun berbunyi menandakan waktu rehat telah pun tamat.Sewaktu aku melangkah masuk ke kelas, sekali lagi aku terserempak dengannya.Ah,alangkah bahagianya!Tiba-tiba,Anis duduk di belakangku.Aku berasa sungguh hairan,mengapa dia duduk di belakangku sedangkan banyak lagi tempat duduk kosong yang ada.Mungkinkah dia berminat akan aku?Daripada tadi,sampai sekarang,dia tidak berganjak dari tempat yang di dudukinya.Kadangkala aku juga berfikir adakah Anis seorang 'playgirl'?.Tak mengapalah...Aku kuburkan sahaja perasaan itu.Aku ingin mengetahui hal ini dengan lebih dalam lagi lalu aku bertanya kepada Nabil tetapi dia membuat lawak bodoh.Dia berkata,"kau ni Detective Conan ke apa nak menyiasat benda alah ni".Aku tersipu malu seperti anak dara gitu....Loceng telah berbunyi menandakan sesi persekolahan pada hari itu telah pun tamat.Semasa dalam perjalanan pulang,aku tersenyum keseorangan.

Ameeda