Tuesday, May 26, 2009

Episod Tujuh Belas

Tiba-tiba Azreena menjerit dengan kuat.Semua orang memandang ke arah Azreena dengan rasa marah.Sementara itu,En Mustapha Kamal iaitu Penolong Kanan 1 lalu di kelas 2 Budi semasa terdengar suara Azreena menjerit di dalam kelas.Selepas itu,En Mustapha Kamal pun masuk ke kelas 2 Budi sementara menunggu guru yang akan masuk ke kelas 2 Budi untuk waktu yang seterusnya.

En Mustapha Kamal bertanya kepada Azreena,"mengapa kamu menjerit di dalam kelas?'.
Dengan nada suara yang perlahan,Azreena menyatakan bahawa Imran,Ali,Faeizwan dan Hilmi telah membuat bising di dalam kelas.Sejurus selepas itu,En Mustapha Kamal memanggil keempat-empat mereka.Aku dan kawan-kawan yang lain duduk di tempat masing-masing serta berdiam diri.

5 minit kemudian Pn Vijaya masuk ke kelas 2 Budi untuk matapelajaran matematik.Pn Vijaya terkejut dengan kehadiran En Mustapha Kamal yang berada di dalam kelas 2 Budi.Pn Vijaya memanggilku untuk memberi penjelasan tentang perkara yang telah terjadi.Tiba-tiba aku dan kawan-kawan yang lain terkejut kerana keempat-empat mereka telah di tampar dengan kuat oleh En Mustapha Kamal di depan kelas 2 Budi.Murid-murid yang lalu-lalang juga terkejut apabila terdengar bunyi tamparan.

Tidak lama selepas itu,Pn Vijaya mencatat nama keempat-empat mereka di dalam buku kawalan kelas.En Mustapha Kamal pun berlalu keluar dari kelas 2 Budi.Aku berasa sangat kasihan kepada keempat-empat mereka.Ameer,Taqi,Adam serta Bob berasa sangat marah kepada Azreena.Selepas keadaan menjadi tenang semula,Pn Vijaya menyambung sesi pembelajaran hari ini dengan tajuk baru iaitu 'Phythagoras Theoram'. "Aku paling tidak suka tajuk ini kerana susah hendak memahaminya",bisik Hilmi sambil mengeluh di sebelahku.Aku mengendahkan kata-kata Hilmi dan terus menumpukan perhatian.Apabila Pn Vijaya memberi soalan di papan hitam,aku selalu mencuba untuk menyelesaikan soalan matematik yang diberi.

Jam telah menunjukkan pukul 2.15 petang,masa untuk pelajar tingkatan 2 menunaikan solat zohor secara berjemaah di dewan terbuka.Aku bersama kawan-kawan yang lain berjalan dengan pantas untuk tidak terlepas solat berjemaah bersama pelajar lain.20 minit kemudian,kami semua berjalan bersama-sama untuk menyambung sesi pembelajaran.Semasa dalam perjalanan,Ameer sempat lagi membuat lawak dan kami semua ketawa terbahak-bahak.Tidak lama kemudian ,kami semua sampai ke kelas.Aku terus duduk di tempat kerana Pn Roziana telah lama menunggu kami untuk matapelajaran sains.Aku seperti biasa mengeluarkan buku teks dari beg sekolahku dan terus belajar dengan tekun kerana sains ialah matapelajaran kegemaran aku.

Muhd Aizat

Thursday, May 21, 2009

Episod Enam Belas

Aku pulang ke rumah dengan perasaan yang tidak menentu.Kejadian di sekolah tadi memang membuat aku tertanya-tanya.Ah!Mengapa aku harus memikirkan semua ini?Lebih baik aku menyiapkan latihan matematik yang diberi oleh Pn.Vijaya yang begitu banyak semasa di sekolah tadi.

Jam menunjukkan pukul 11.00 malam.Aku baru sahaja selesai menyiapkan semua latihan matematik.'Kenapalah Pn.Vijaya sering memberi latihan matematik yang begitu banyak?'.Hatiku berbisik sendiri sambil mengeluh kecil.
Aku ke sekolah seperti biasa.Aku berharap keadaan akan kembali seperti biasa.Aku melangkah masuk ke dalam kelas dan terus ke tempat dudukku.Mataku mencari kelibat Anis,tetapi tiada.Perasaanku terus menjadi tidak enak.Aku cuba bertenang dan membuat keputusan untuk menunggu kemunculan Anis.

Tidak lama selepas itu,Anis melangkah masuk ke dalam kelas.Tetapi aku melihat mukanya tidak ceria dan seperti tidak bermaya.Aku memberanikan diri untuk menegurnya.Aku bangun dari tempat dudukku lalu berjalan untuk pergi ke tempat duduk Anis.Belum sempat aku bersuara untuk menegur Anis,kedengaran suara Nawarzir yang lembut memberi arahan kepada kami semua supaya bangun untuk memberi hormat kepada guru matapelajaran sains iaitu Pn.Roziana.Pn.Roziana akan mengajar kami pada waktu pertama.

Sesi pembelajaran matapelajaran sains berjalan seperti biasa cuma aku hairan dengan tingkahlaku Anis.Dia seperti hilang tumpuan semasa guru mengajar dan asyik termenung.Adakah Anis mempunyai masalah?Aku tertanya-tanya.Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pertama telah pun tamat.Kami mengucapkan terima kasih kepada Pn.Roziana.Aku memasukkan buku sains ke dalam beg sekolahku.
ARGH!!Tiba-tiba Azreena menjerit.Apakah yang sedang berlaku?

Anis Shahira

Sunday, May 10, 2009

Episod Lima Belas

Keadaan di dalam kelas menjadi bising apabila Safuan menjerit bahawa dia sayang Anis. Suara Imran,Ali Faiezwan, Taqi adalah antara yang paling kuat kedengaran. Cikgu menyuruh semua pelajar untuk senyap dan memanggil Safuan ke hadapan untuk bertanya kenapa Safuan membuat pengakuan ikhlas sedemikian rupa. Aku hanya mampu memandang Anis dan berharap Anis tidak menyukai Safuan. Sesekali aku melihat Ammar, wajahnya kelihatan tenang bersahaja. Aku terfikir yang mungkin Ammar mempunyai rancangan untuk menghalang aku dengan Anis. Dia menggunakan Safuan sebagai alat menggagalkan cinta kita. Mungkin sebab itu dia kelihatan tenang sahaja sedangkan aku agak menggelabah.

Safuan hanya mendiamkan diri apabila cikgu menanyakan soalan kepadanya. Cikgu kelihatan agak bosan kerana pertanyaan dia tidak dijawap oleh Safuan. Kemudian cikgu menyuruh Safuan duduk. Sekali lagi aku menjeling kearah Ammar, kali ini dia tersenyum sinis seperti watak 'Joker' dalam filem 'Batman'. Hal ini menguatkan lagi teori aku yang Ammar merancang semua ini. Tetapi kenapa dia menggunakan Safuan. Aku bertambah keliru.

Cikgu Hajariah menyambung kembali pengajarannya. Ketika cikgu mengajar Ali terus menjerit mengatakan saya sayang Anis. Selepas Ali, Muhtadi pula menjerit mengatakan yang dia suka Anis dan yang paling tak boleh belah ialah Imran dan Faiezwan yang melompat serentak sambil menjerit bersama mengatakan kami sayang Anis. Keadaan di dalam kelas menjadi riuh dengan gelak ketawa pelajar. Muka cikgu terus berubah kerana pengajarannya diganggu. Mereka berempat dipanggil kehadapan dan dua rotan hinggap di pungkok masing-masing kerana mengganggu kelas. Aku memandang Anis, muka dia tidak seceria seperti awal-awal tadi. Mungkin dia malu dengan apa yang berlaku. Aku berasa bersalah mungkin kerana aku Anis menjadi bahan mainan rakan-rakan di kelas.

Kring.....! menandakan waktu rehat bermula. Semua pelajar mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Hajariah dan terus meluru keluar kelas. Aku berjalan dibelakang Anis. Aku mahu menegurnya tetapi dia bersama rakan baiknya, Sofea. Aku mematikan hasrat ku untuk menegurnya tetapi sepanjang perjalanan ke kantin aku melihat Anis senyap sahaja sedangkan Sofea tidak penat-penat bercakap. Hal itu membuatkan aku nekad mahu menegurnya.

Ehem...ehem.... lebih kurang begitulah aku berdehem supaya Anis menoleh ke belakang..Tetapi dia tidak mengendahkannya malah langkahnya lebih laju dari tadi. Aku mahu mengejarnya tetapi tiba-tiba seseorang telah memegang bahuku. Safuan rupanya yang memegang aku. Dia meminta maaf kepada aku berulang kali kerana hal tadi.

" Baik kau minta maaf dengan Anis sebab kau mungkin telah memalukan dia," balas aku dengan penuh sopan santun.

Tanpa berlengah Safuan terus berlari meningalkan aku. Aku bertambah pelik dengan perangai Safuan. Aku berjalan menuju ke kantin. Aku membeli sepinggan nasi lemak dengan ayam goreng dan segelas air milo. Aku duduk disebelah Ali,Imran dan Amer. ketika mereka semua asyik makan makanan masing-masing, aku hanya termenung dan tidak menyentuh nasi yang aku beli tadi.Aku terlalu memikirkan Anis. Nama itu sahaja yang sedang bermain didalam fikiran aku.

"Kau ni nak makan ke tak nak, dari tadi asyik termenung.Aku masih lapar lah dan tak nak makankan. Baik aku makankan nasi kau ni," Amer tiba-tiba bersuara sambil tangannya mengambil nasi lemak aku dan terus makan. Ali dan Imran seperti biasa terus tergelak melihat gelagat Amer sementara aku memandang Amer dengan muka penuh sengal.

Tuesday, May 5, 2009

Episod Empat Belas

Aku berasa amat malu atas kejadian yang berlaku sebentar tadi. Aku terus sahaja memberi buku latihan ku kepada ustaz.


Kring!!bunyi loceng menandakan waktu Pendidikan Islam sudah pun tamat. Aku dan rakan-rakan yang lain mengucapkan terima kasih kepada ustaz.


“Nasib baik lah loceng ni berbunyi. Kalau tidak aku tak tahu lah apa yang akan berlaku.” Bisik aku sendirian.


Kini adalah waktu Geografi pula. Aku melihat sekumpulan pelajar iaitu Shafiqah, Hazirah, Nabila, Nadia dan juga Safuan sedang bersembang.


Tiba-tiba Safuan menjerit dan mengatakan “saya sayang Anis!!!” tanpa menyedari ketika itu Pn. Hajariah berada di depan kelas. Pn. Hajariah terkejut dan terlopong mendengar kata-kata yang baru sahaja diucapkan oleh Safuan. Aku, Anis dan Ammar juga terkejut dan terlopong mendengar kata-kata Safuan.


Aku tertanya-tanya, adakah Safuan juga meminati Anis?? Atau Safuan hanya bergurau senda sahaja??Dan adakah aku akan berhadapan dengan seorang lagi lelaki yang menyukai Anis??


Aku sungguh keliru.


Nurul Shafiqah Bt Zaharin.