Thursday, June 25, 2009

Episod Sembilan Belas

Kami dipanggil untuk ke bilik guru.Puan Alimah menanyakan perkara yang telah berlaku sebentar tadi.Aku hanya menundukkan kepala ku sahaja.Izman juga tidak berkata apa-apa.Sedang Puan Alimah menunggu kami menjawab pertanyaan,Amira dan Sofea masuk ke bilik guru.Puan Alimah memanggil Amira yang pada ketika itu sedang bercakap dengan Cikgu Auzani.Puan Alimah menanyakan punca berlakunya perkara itu dan Amira hanya menjawab, "Shafiz ingin berkenalan dengan Izman tetapi Izman menolak.Izman kata yang Shafiz tidak layak menjadi kawan dia kerana Shafiz miskin.Itu yang saya tahu cikgu", kata Amira.Puan Alimah memarahi Izman kerana berkata demikian.Izman berasa kesal dan meminta maaf padaku.Puan Alimah membenarkan kami pulang ke kelas.

Setibanya di kelas,orang pertama yang menanyakan apa yang berlaku di bilik guru sebentar tadi adalah Imran.Imran hanya tergelak apabila aku menceritakan hal itu.Imran menjerit di dalam kelas dan berkata, "itu la,siapa suruh sombong lagi?Padan muka!Baru masuk sekolah sudah kena panggil dengan cikgu disiplin.Aku tak pernah pun kena macam itu".Kawan-kawan yang lain hanya tergelak sahaja mendengar Imran berkata sedemikian.Izman yang pada ketika itu sedang bersembang dengan pelajar perempuan terus ke belakang di mana kami duduk."Kau ada masalah ke dengan aku?Kau jangan nak buat hal dengan aku", kata Izman.Imran hanya tersenyum sinis sahaja mendengar kata-kata Izman.

Tiba-tiba loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat.Aku dan kawan-kawan yang lain mahu ke kantin.Di dalam perjalanan,Imran dan Faiezwan mungutuk Izman.Aku hanya mendengar perbualan mereka.Aku masih ingat kata ibu,'jangan berbuat jahat dengan kawan atau sesiapa,biarlah dia yang buat kita asalkan bukan kita'.Aku berasa serbasalah kerana menumbuk Izman.Tetapi memang itu yang Izman patut rasakan kerana sikap sombong dan bongkaknya.Tiba di kantin,aku melihat Izman duduk semeja dengan pelajar perempuan kelasku.Aku mencari kelibat Anis tetapi tiada di meja itu.Aku berasa lega kerana Anis tidak duduk semeja dengan Izman.Tiba-tiba ada orang yang menyapa aku dari belakang.Aku memandang ke belakang dan....

Amira Syazwani

Wednesday, June 10, 2009

Episod Lapan Belas

Keesokan hari ketika aku dan kawan-kawanku berada di sekolah,kami semua duduk dan bergurau-senda di wakaf sekolah kami berdekatan dengan surau sekolah. Ali ternampak seorang pelajar baru, lalu Ali terus menegurnya dan menanya khabar,budak itu tidak menjawab balik.
Lalu budak itu terus ke tapak perhimpunan.Ali pun pergilah ke wakaf itu semula.Lalu Imran terus kata kepada Ali"eh,apahal dengan budak itu?”lalu Ali berkata"aku tak tahu,tapi budak itu sombong lah”.Lalu Khairul pula menyampuk"kalau budak tadi buat macam tu dekat aku,mesti dia dah masuk hospital”.Tiba-tiba bunyi loceng sekolah berbunyi ,kami semua terkejut dan terus beredar dari wakaf itu dan terus naik ke kelas masing-masing.Apabila kami semua telah tiba di kelas,kami semua terkejut apabila pelajar yang Ali tegur tadi berada di kelas kami.
Kami semua berasa hairan kenapa pelajar itu berada di kelas kami dan mengacau Anis di kelas kami.Jadual waktu kelas menunjukkan sekarang adalah waktu Cikgu Auzani iaitu waktu Bahasa Melayu.Cikgu Auzani memperkenalkan pelajar baru di dalam kelas kami yang bernama Izman yang dahulunya bersekolah di Klang.Selesai sahaja memperkenalkan pelajar baru itu,cikgu Auzani meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa.
Sebaik sahaja tamat sesi pembelajaran,aku terus menghampiri Izman lalu berkata"Hai,nama saya Shafiz”.Tetapi Izman menjawab dengan sombong,"Aku tak ingin berkenalan dengan budak yang miskin macam kau!".Tiba-tiba aku hilang sabar setelah mendengar Izman berkata demikian lalu aku menumbuk Izman dengan sekuat hati di mukanya.Izman membalas balik dengan menendang di perutku.Rizal dan Taqi berusaha untuk menghalang kami daripada terus bergaduh dan bertumbuk.Suasana di dalam kelas amat bising.Imranlah yang paling bising di antara semua pelajar-pelajar lain.Kebetulan Puan Alimah sedang meronda di kawasan kelas kami dan terus masuk ke kelas kami kerana mendengar kekecohan yang berlaku.Puan Alimah memanggil aku dan Izman kehadapan.Apakah yang akan berlaku?

Ameer