Wednesday, March 18, 2009

Episod Kelapan

Dalam beberapa minit aku dan anis sampai di sekolah dan kami terus menghala ke dewan terbuka. Sambil menunggu loceng berbunyi, kami mengulang kaji pelajaran bersama-sama. Cikgu selalu kata, masa itu emas dan perlulah digunakan sebaik-baiknya.

Apabila loceng berbunyi, kami terus bergerak menghala ke tapak perhimpunan. Amira terus membuat beberapa pengumuman. Antara nya ialah semua pelajar yang terpilih untuk pemilihan pemimpin pelajar sila tunggu di dewan terbuka selepas perhimpunan. Aku berdebar-debar tetapi apabila mendengarkan kata-kata Anis memberi semangat untuk aku, aku berasa begitu tenang.Guru pemimpin pelajar, Puan Alimah mengumumkan nama pelajar yang terpilih. Seorang demi seorang nama pelajar dipanggil. Hatiku berdebar-debar kerana nama aku masih belum dipanggil lagi. Apabila cikgu menyebut nama aku, cikgu memberitahu yang aku gagal untuk menjadi pemimpin pelajar. Aku berasa agak kecewa dan terus melangkah balik ke kelas. Sampai sahaja di kelas, Puan Vijaya memandang aku dan bertanya kenapa muka aku masam seperti orang baru lepas putus cinta. Tetapi aku hanya mampu tersenyum sahaja. Puan Vijaya menyuruh aku untuk duduk.

Selepas cikgu keluar, tiba-tiba Ammar yang juga dikenali sebagai budak jambu sekolah menghampiriku lalu menghentak mejaku. Dia mengajak aku ke blok sebelah yang kosong. Entah mengapa aku menuruti sahaja apa yang dikatakan oleh Ammar.

Sampai saja di sana, Ammar terus menolak aku jatuh ke lantai.

" Aku sudah lama bengang dengan kau, tadi aku nampak kau datang ke sekolah dengan Anis. Lepas itu kau belajar bersama-sama dengan dia. Kalau ikutkan hati, aku dah belasah kau tapi nasib baik muka kau jambu macam aku. Aku beri kau amaran, kau jangan ganggu Anis lagi," Ammar memberi amaran kepada aku.

Tiba-tiba Taqi dan Rizal yang kebetulan merayap disitu terus menengking Ammar. Ammar kelihatan marah dan tidak berpuas hati tetapi dia terus beredar dari situ. Selepas Ammar beredar, Taqi memberitahuku, sekiranya Ammar buat hal lagi dia suruh aku mencari mereka.

"Dari hari ini, kau ngan kita orang kawan," tambah Taqi lagi.

Selepas itu kami pun bergegas pulang ke kelas kerana kelas Cikgu Auzani. Kalau lambat masuk nanti kene marah.

Mohd Faiezwan Bin Mohd Fauzi

8 comments:

  1. Aku pelik kenapa Ammar nak marah?????

    ReplyDelete
  2. hahahhaah.... ammar cemburu lah tu... tapi kenapa ammar nak cemburu yek... dia cemburu kat siapa sebenarnya...

    ReplyDelete
  3. ish.. ish .. ish.. ammar akan belasah faiezwan agakanya.. sebab dia buat ammar cemburu..haha, kalau orang seterusnya, buat dia dgn anis COUPLE!!! hahahahaaha, itu baru best!!!

    ReplyDelete
  4. ammar jd gengster..fuuh gempak..

    ReplyDelete
  5. WOW ammar budak yang riang boleh belasah orang !biar betul dia tu baik jee..........dan selama ni saye tak pernah nampak pun dia macam tu

    ReplyDelete
  6. bile mase ammar ade belah jahat dlm diri die?

    ReplyDelete
  7. Kenapa ammar nak jeles pulak?Kalo bukan jodoh dia dah la...........hehehe

    ReplyDelete
  8. ammar jeles psl anis douh..
    psl spe lg..
    huhu~

    ReplyDelete