Thursday, March 5, 2009

Episod Keenam

Ketika aku bersembang-sembang dengan rakan-rakan, tidak semena-mena api marak membakar tubuhku. Apa yang pelik walaupun tubuhku berapi, aku langsung tidak berasa panasnya dan pakaian aku pun tidak terbakar. Rakan-rakanku semuanya berlari lintang pukang kerana ketakutan sedangkan aku bermain-main pula dengan api yang keluar dari tubuhku. Tiba-tiba, aku terdengar suara memanggil namaku.

" Abang Shafiz! Abang Shafiz!bangun, Abang sudah lewat", pekik Nazatul.

Rupa-rupanya aku bermimpi. Masuk kali ini sudah enam kali aku mimpikan benda yang sama. Aku makin keliru. Parut ditanganku pula sudah hilang. Apakah yang berlaku kepadaku? Adakah itu semua suatu petanda?

Aku melihat jam ditangan menunjukkan sudah pukul 1.10 petang. Aku sudah terlewat untuk kesekolah. Aku berlari selaju yang boleh, mengharapkan kuasa apiku akan keluar. Malangnya tidak menjadi kenyataan.Aku tiba di pagar dan dua orang pengawas sudah setia menanti.Mereka menanyakan namaku dan sebab mengapa aku lewat. Mereka tidak menerima alasanku dan sebaliknya mentertawakan aku. Mereka mahu membawa aku berjumpa cikgu disiplin sebab aku sudah terlampau lewat.

"Tunggu dulu. Tak perlu berjumpa cikgu. Awak ambil nama dan kelas dia sahaja.Selebihnya serahkan pada saya dan awak lain kali jangan datang lewat. Sudah pergi masuk ke kelas", kata seorang pengawas senior yang tiba-tiba muncul disitu.

Aku tidak mengenali siapa pengawas tadi dan belum pernah pun melihat wajahnya. Tapi apa yang pasti pengawas itu adalah pengawas sesi pagi. Mengapa dia menolong aku? Walau apapun aku tetap berterima kasih kepadanya. Tanpa membuang masa aku bergegas ke kelas. Sambil itu aku dapat merasakan ada seseorang yang sedang memerhatikan aku. Bulu tengkukku meremang. Aku perhatikan sekeliling tetapi tiada orang. Tapi kenapa aku macam merasakan ada seseorang sedang memerhatikan aku?

Aku menyelinap secara senyap-senyap ke dalam kelas.Sesiapa pun tidak menyedari aku masuk ke kelas walaupun cikgu. Cikgu sedang sibuk melayan pertanyaan Nawarzir, Safuan,Nabil, Nabila dan Atiqah. Semua pelajar lain pula asyik menyiapkan kerja yang cikgu bagi. Tapi dimana Anis. Tak nampak pun dia?

"Shafiz, aku sudah letak nama kamu sebagai pengawas pelatih. Nanti cikgu nak jumpa kau", sergah Kugan secara tiba-tiba.

Amira dan Sharmala pun ada bersama Kugan. Mereka kelihatan begitu gembira kerana aku akan dilantik menjadi pengawas pelatih. Melihatkan mereka bertiga, aku teringat akan kata-kata bebola api yang mengatakan aku dan tiga kawanku adalah insan terpilih. Macam kebetulan pulak. Aku tergelak seketika dan berterima kasih kepada mereka. Sebelum rehat, satu pengumuman telah dibuat menyuruh semua pelajar yang telah terpilih untuk menjadi pengawas pelatih berkumpul di dewan terbuka. Adakah aku akan terpilih menjadi pengawas?.....

Nawarzir bin Ahmad Zuri

3 comments: