Saturday, March 14, 2009

Episod Ketujuh

Tiupan angin pada malam ini sangat sejuk, lalu aku mengambil keputusan untuk memakai baju yang sedikit tebal. Pada malam itu ibu menyuruh aku menjadi imam untuk solat Magrib. Kadangkala ibu memuji aku kerana tidak melupakan ajaran agama yang diajar oleh ayah dahulu dan ibu juga selalu mengingatkan aku dan adik tentang agama. Sesudah aku menunaikan solat, aku pergi mengulangkaji pelajaran bersama adik di ruang tamu. Kami mengulangkaji pelajaran kerana ujian bulan Mac pada minggu hadapan. Walaupun pelajaran kali ini agak sukar, namun aku perlu buat yang terbaik agar tidak menghampakan ibu.

Tetapi tumpuan aku kadangkala terganggu, mungkin kerana hatiku berdebar-debar untuk mengetahui keputusan pemilihan pemimpin pelajar yang akan diadakan esok. Adakah semuanya akan terpilih atau akan ada yang gagal menjadi pemimpin pelajar kali ini? Tapi andainya aku tersingkir dari pemilihan ini tak mengapa. Sudah bukan rezeki aku, lagipun aku bukannya pandai sangat untuk menjalankan tugas ini.Jam menunjukkan pukul 10.45 malam dan aku mengajak adik untuk menunaikan solat fardu Isyak. Selepas solat adik terus tidur tetapi aku mengambil kesempatan untuk membaca Quran sebelum tidur. Selepas itu aku terus kebilik lalu merebahkan diri keatas katil dan terus terlena.

Sang bayu meniupkan angin yang amat lembut, ia seakan-akan membelai diri ini yang di dalam kesepian. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi, lalu aku pergi mengejutkan adik untuk segera bersolat. Selepas itu aku ke dapur untuk menolong ibu menyusun kuih. Selepas semuanya selesai, aku bersama ibu mengambil semua alatan berniaga di dalam stor. Seperti biasa kami memulakan perniagaan seawal jam tujuh pagi. Disebabkan aku bersekolah pada sebelah petang, ini memudahkan aku untuk menolong ibu menjual kuih. Hari ini jualan agak memuaskan. Banyak kuih habis dibeli orang. Wajah ibu kelihatan sungguh gembira dan aku tenang hati aku melihat wajah ibu sedemikan rupa.

Apabila semuanya sudah siap dikemas, aku terus bersiap untuk kesekolah. Hari ini aku kesekolah dengan Anis kerana ibunya mempelawa aku menaiki keretanya. Ibu Anis ialah pelanggan tetap digerai kuih kami. Jam sudah pukul 11.45 dan aku sudah sedia menanti Anis dan ibunya datang menjemputku.

Safuan b Mohd Sabri

No comments:

Post a Comment