Thursday, April 2, 2009

Episod Kesepuluh

Sementara aku menunggu Cikgu Vijaya masuk ke kelas, mataku asyik memandang Anis. Hatiku asyik memuji kecantikannya. Ketika aku asyik termenung memandang Anis, bahuku dicuit oleh Ali.

"Aku tahu kau gila anggau dekat Anis, tapi janganlah jiwang sangat," kata Ali kepada aku dengan nada bergurau.

" Kalau aku kata kau anggau dan mat bunga kau marah. HAHAHA... Tapi Anis memang lawa. Berseri-seri lah dia,"celah Faiezwan pula.

Kami sama-sama ketawa terutama sekali Ali. Ali memang sangat terkenal di dalam kelas dengan ketawa besarnya dan riuh rendah. Dia memang suka menyakat semua rakan-rakan di kelas. Telatah dan kerenahnya membuatkan kami memang tidak kering gusi. Ketika kami sedang berbual dan bergelak ketawa, Ammar yang sedang berbual dengan Zul, terus menghentak meja aku. Dia memandang aku dengan rasa tidak puas hati.

Tiba-tiba orang yang dinanti, Cikgu Vijaya masuk ke kelas. Nasib baik cikgu masuk, kalau tidak aku tidak tahu apa yang akan berlaku. Hari ini Cikgu Vijaya masuk ke kelas dengan gaya dan fesyen rambut yang baharu. Sungguh menarik dan berseri-seri Cikgu Vijaya hari ini. Setelah memberi ucapan selamat, Amira terus memuji gaya rambut terkini cikgu. Cikgu Vijaya tersenyum manis sambil menyentuh rambutnya. Kemudian cikgu memulakan kelas. Selesai menerangkan bab baru matematik , cikgu menyuruh Khairul, Taqi, Ammar dan aku menyelesaikan masalah matematik dipapan hitam. Setelah lima minit, hanya Ammar sahaja yang terkial-kial dihadapan.

" Ammar kenapa kamu tidak boleh buat? Kamu tidak memberikan tumpuan semasa saya memberi penerangan," tanya Cikgu Vijaya kepada Ammar.

" Maafkan saya cikgu. Saya tidak faham," balas Ammar dengan nada yang lembut sambil membuat muka kesian.

" Tadi saya tanya paham atau tidak semua cakap paham. Kenapa kamu tidak......", Kring!!!! bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah bermula dan terus mematikan kata-kata Cikgu Vijaya.

" Kamu bernasib baik Ammar tapi lepas ini tanya kawan bagaimana membuatnya dan jika masih tidak faham datang jumpa saya. Semua boleh pergi rehat," kata Cikgu Vijaya dan disambut gembira semua pelajar.

Hari ini Aizat, Safuan, Ali dan Faiezwan menemankan aku makan di kantin. Ketika kami sedang asyik berbual loceng berbunyi. Kami bergegas masuk ke kelas kerana sekarang masa Miss Syahirah. Tiba-tiba Nawarzir membuat pengumuman yang Miss Syahirah akan masuk lewat kerana mesyuarat. Semua pelajar disuruh membuat kerja masing-masing dan jangan membuat bising. Semua orang membuat kerja masing-masing dan seperti biasa Ali dan kumpulannya akan membuat bising dan akan menyakat siapa sahaja yang mereka mahu.

Sedang aku membaca buku, Ammar menghentak mejaku lalu menolak aku kebelakang.

" Aku sudah bagi kau amaran tapi kenapa kau degil," tengking Ammar kepada aku.

Pada masa yang sama satu tumbukan padu hinggap ke perut aku membuatkan aku terduduk. Seluruh kelas yang seketika kecoh tergamam melihat Ammar yang seperti orang gila. Ammar menyerang aku sekali lagi tetapi kali ini aku berjaya menepis dan giliran aku pula membalas tumbukan. Tumbukan sulungku hinggap ke perut Ammar sehingga membuatkan Ammar jatuh tersungkur. Suasana bertambah riuh dengan suara pelajar perempuan menjerit terutama sekali suara Azreen dan Amira.

Ammar bangun dan terus menyerang aku tetapi kali ini dia telah dihalang oleh beberapa pelajar. Aizat, Faiezwan,Amirul, Bob dan Nabil menahan Ammar dan cuba menenangkan dia manakala Ali,Choo dan Zul menghalang aku dari bertindak balas. Ammar bertambah berang sehingga menendang kaki meja sehinga patah.

Bunyi bising dan riuh rendah telah menarik perhatian beberapa orang cikgu dan pelajar kelas sebelah ke kelas aku. Puan Alimah yang juga guru disiplin kebetulan mengajar kelas sebelah masuk dan terus menengking menyuruh semua pelajar duduk di tempat masing-masing. Dia kemudian mengarahkan Ammar dan aku ke depan. Puan Alimah memarahi kami dan bertanyakan kenapa kami bergaduh. Belumpun sempat kami menjawap satu sebatan hinggap di pungkok kami. Puan Alimah mengarahkan kami ke bilik disiplin.

Imran bin Joon

5 comments:

  1. bila nama sye nk ade dlm karangan diorang eh..hahaha

    ReplyDelete
  2. yeah!!!
    imran xkutuk aku!! :D
    happy giler!!!
    hahahhahaha

    ReplyDelete
  3. fulamak imran wat penuh dgn action....episod sepuluh memang best la

    ReplyDelete
  4. Episode kali ni banyak character yang kluar ...........action pun ade tapi tak paham waktu awal je yg lain ok jer.....

    ReplyDelete
  5. eh, aku hero siot!! aku halang shafiz, hehehehe

    ReplyDelete