Sunday, April 19, 2009

Episod Dua Belas

Malam itu ketika aku sedang menelaah buku, kedengaran ibu batuk dengan kuat. Aku bergegas ke ruang dapur untuk melihat keadaan ibu. Ibu segera menyorok tangannya apabila melihat aku. Aku berasa hairan dengan perlakuan itu.

" Ibu tak apa-apa ?" tanya aku sambil mengurut belakang badan ibu.

" Ibu tak apa-apa, cuma batuk sikit saja. Kamu tak usah risau. Pergi sambung belajar" Kata ibu sambil tersenyum.

" Ibu janganlah kerja kuat sangat,nanti ibu sakit," kaat aku dengan nada yang lembut.

"Tidak mengapa, Ibu masih sihat, cuma batuk sikit saja," kata ibu lagi.

"Tapi ibu, ..." belum sempat aku hendak berkata ibu terus memintas percakapan aku.

" Ibu cuma mahu melihat kamu adik beradik berjaya dalam hidup," kata ibu sambil mengesat air mata yang sudah mengalir.

"Ibu janganlah menangis, Shafiz berjanji, Shafiz akan belajar bersungguh-sungguh. Nanti bila Shafiz sudah berjaya, ibu tak payah jual kuih lagi," kata aku dengan penuh semangat.

" Macam itulah anak ibu, jangan lupa jaga adik kau baik-baik. Sudah pergi sambung belajar," kata ibu sambil mengusap kepala aku.

Keesokan hari, semasa aku sedang berjalan memasuki sekolah, kelihatan Ammar sudah menunggu di depan pintu pagar sekolah.Hatiku berdebar-debar dan terdetik hatiku berkata, apa yang ammar nak kali ini. Ammar segera menahan aku.

" Shafiz, aku nak cakap dengan kau sikit," katanya dengan nada yang serius.

Kebetulan pada masa itu Taqi dan Rizal baru tiba disekolah dan terus menghampiri aku. Ammar memandang mereka dengan pandangan yang tajam.

" Kau nak apa lagi dengan Shafiz. Nak gaduh lagi ke? Nasib baik aku tak ada hari tu," kata taqi dengan nada suara yang agak tinggi.

" Tak ada apa-apa. Aku ada hal sikit nak cakap dengan Shafiz. Hal peribadi. Aku harap korang berdua tak masuk campur," balas Ammar dengan nada yang agak lembut.

" Taqi,Rizal. Korang pergilah dulu. Tinggalkan aku dengan Ammar. Nanti aku menyusul. Terima kasih yek," pintas aku untuk menenangkan keadaan.

Mereka berdua pun beredar meninggalkan kami dan Ammar terus mengajak aku ke belakang surau kerana disitu tidak ramai orang. Aku mengikuti Ammar dari belakang. Wajah Ammar begitu serius.

" Shafiz, aku mintak maaf sebab pukul kau semalam. Aku merayu dekat kau, tolonglah jauhkan diri daripada Anis,"rayu Ammar kepada aku.

Aku terkejut melihat Ammar sedemikian rupa. Belum sempat aku berkata.

" A...aku merayu sangat dengan kau. Tolonglah aku Sahafiz. Aku merayu. Tolonglah tinggalkan dia. Tolong aku yek, Shafiz, " kata Ammar sambil air matanya berlinang.

Aku cuma mendiamkan diri. Perasaan aku bergolak di dalam hati. Adakah aku perlu menjauhkan diri dari Anis atau tidak mempedulikan kata-kata Ammar yang sengal nie. Kesian pulak aku melihat Ammar begini.

Zetty Akma

3 comments:

  1. wow.. aku nak tgk ep 13!! shock nye~!! best gile episode kali ni~!!

    ReplyDelete
  2. Kenapa ammar nak sgt ke anis tu ????entah..........Ep 13 mungkin akan terjawab kot....

    ReplyDelete
  3. wa..kesian ammar shafiz kene halau car makwe lain ke?

    ReplyDelete