Thursday, May 21, 2009

Episod Enam Belas

Aku pulang ke rumah dengan perasaan yang tidak menentu.Kejadian di sekolah tadi memang membuat aku tertanya-tanya.Ah!Mengapa aku harus memikirkan semua ini?Lebih baik aku menyiapkan latihan matematik yang diberi oleh Pn.Vijaya yang begitu banyak semasa di sekolah tadi.

Jam menunjukkan pukul 11.00 malam.Aku baru sahaja selesai menyiapkan semua latihan matematik.'Kenapalah Pn.Vijaya sering memberi latihan matematik yang begitu banyak?'.Hatiku berbisik sendiri sambil mengeluh kecil.
Aku ke sekolah seperti biasa.Aku berharap keadaan akan kembali seperti biasa.Aku melangkah masuk ke dalam kelas dan terus ke tempat dudukku.Mataku mencari kelibat Anis,tetapi tiada.Perasaanku terus menjadi tidak enak.Aku cuba bertenang dan membuat keputusan untuk menunggu kemunculan Anis.

Tidak lama selepas itu,Anis melangkah masuk ke dalam kelas.Tetapi aku melihat mukanya tidak ceria dan seperti tidak bermaya.Aku memberanikan diri untuk menegurnya.Aku bangun dari tempat dudukku lalu berjalan untuk pergi ke tempat duduk Anis.Belum sempat aku bersuara untuk menegur Anis,kedengaran suara Nawarzir yang lembut memberi arahan kepada kami semua supaya bangun untuk memberi hormat kepada guru matapelajaran sains iaitu Pn.Roziana.Pn.Roziana akan mengajar kami pada waktu pertama.

Sesi pembelajaran matapelajaran sains berjalan seperti biasa cuma aku hairan dengan tingkahlaku Anis.Dia seperti hilang tumpuan semasa guru mengajar dan asyik termenung.Adakah Anis mempunyai masalah?Aku tertanya-tanya.Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pertama telah pun tamat.Kami mengucapkan terima kasih kepada Pn.Roziana.Aku memasukkan buku sains ke dalam beg sekolahku.
ARGH!!Tiba-tiba Azreena menjerit.Apakah yang sedang berlaku?

Anis Shahira

2 comments:

  1. AKhirnya nama saya terkeluar!!!!!!sudah lama tak keluar. tak kisah la kata suruh org bangun beri perhormatan pun asalkan nama saya terkeluar........biasa ketua



    P/s Thank's sape buat crite ni

    ReplyDelete
  2. memang la nawar, ko tak tau?? ni anis yang tulis tau? haha... asal azreena menjerit?

    ReplyDelete