Sunday, May 10, 2009

Episod Lima Belas

Keadaan di dalam kelas menjadi bising apabila Safuan menjerit bahawa dia sayang Anis. Suara Imran,Ali Faiezwan, Taqi adalah antara yang paling kuat kedengaran. Cikgu menyuruh semua pelajar untuk senyap dan memanggil Safuan ke hadapan untuk bertanya kenapa Safuan membuat pengakuan ikhlas sedemikian rupa. Aku hanya mampu memandang Anis dan berharap Anis tidak menyukai Safuan. Sesekali aku melihat Ammar, wajahnya kelihatan tenang bersahaja. Aku terfikir yang mungkin Ammar mempunyai rancangan untuk menghalang aku dengan Anis. Dia menggunakan Safuan sebagai alat menggagalkan cinta kita. Mungkin sebab itu dia kelihatan tenang sahaja sedangkan aku agak menggelabah.

Safuan hanya mendiamkan diri apabila cikgu menanyakan soalan kepadanya. Cikgu kelihatan agak bosan kerana pertanyaan dia tidak dijawap oleh Safuan. Kemudian cikgu menyuruh Safuan duduk. Sekali lagi aku menjeling kearah Ammar, kali ini dia tersenyum sinis seperti watak 'Joker' dalam filem 'Batman'. Hal ini menguatkan lagi teori aku yang Ammar merancang semua ini. Tetapi kenapa dia menggunakan Safuan. Aku bertambah keliru.

Cikgu Hajariah menyambung kembali pengajarannya. Ketika cikgu mengajar Ali terus menjerit mengatakan saya sayang Anis. Selepas Ali, Muhtadi pula menjerit mengatakan yang dia suka Anis dan yang paling tak boleh belah ialah Imran dan Faiezwan yang melompat serentak sambil menjerit bersama mengatakan kami sayang Anis. Keadaan di dalam kelas menjadi riuh dengan gelak ketawa pelajar. Muka cikgu terus berubah kerana pengajarannya diganggu. Mereka berempat dipanggil kehadapan dan dua rotan hinggap di pungkok masing-masing kerana mengganggu kelas. Aku memandang Anis, muka dia tidak seceria seperti awal-awal tadi. Mungkin dia malu dengan apa yang berlaku. Aku berasa bersalah mungkin kerana aku Anis menjadi bahan mainan rakan-rakan di kelas.

Kring.....! menandakan waktu rehat bermula. Semua pelajar mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Hajariah dan terus meluru keluar kelas. Aku berjalan dibelakang Anis. Aku mahu menegurnya tetapi dia bersama rakan baiknya, Sofea. Aku mematikan hasrat ku untuk menegurnya tetapi sepanjang perjalanan ke kantin aku melihat Anis senyap sahaja sedangkan Sofea tidak penat-penat bercakap. Hal itu membuatkan aku nekad mahu menegurnya.

Ehem...ehem.... lebih kurang begitulah aku berdehem supaya Anis menoleh ke belakang..Tetapi dia tidak mengendahkannya malah langkahnya lebih laju dari tadi. Aku mahu mengejarnya tetapi tiba-tiba seseorang telah memegang bahuku. Safuan rupanya yang memegang aku. Dia meminta maaf kepada aku berulang kali kerana hal tadi.

" Baik kau minta maaf dengan Anis sebab kau mungkin telah memalukan dia," balas aku dengan penuh sopan santun.

Tanpa berlengah Safuan terus berlari meningalkan aku. Aku bertambah pelik dengan perangai Safuan. Aku berjalan menuju ke kantin. Aku membeli sepinggan nasi lemak dengan ayam goreng dan segelas air milo. Aku duduk disebelah Ali,Imran dan Amer. ketika mereka semua asyik makan makanan masing-masing, aku hanya termenung dan tidak menyentuh nasi yang aku beli tadi.Aku terlalu memikirkan Anis. Nama itu sahaja yang sedang bermain didalam fikiran aku.

"Kau ni nak makan ke tak nak, dari tadi asyik termenung.Aku masih lapar lah dan tak nak makankan. Baik aku makankan nasi kau ni," Amer tiba-tiba bersuara sambil tangannya mengambil nasi lemak aku dan terus makan. Ali dan Imran seperti biasa terus tergelak melihat gelagat Amer sementara aku memandang Amer dengan muka penuh sengal.

5 comments:

  1. Cerita aku.......shafiz ni macam sudah ditransformasikan kpd cerita cinta pulak.??????? satu transformasi sudah berlaku !!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. mule start crite sedih, pastu sape la yg buat magic tu thn,kisah drama cinta la pulak

    ReplyDelete
  3. entah laa.. da pening da kpala aku..
    selamat laa turn aku lme lg..
    huhu~ :)

    ReplyDelete
  4. aduhai, cakap je kisah shafiz lepas tu, jadi cinta pulak, lepas tu lagi?? tukar jadi cerita hantu pulak...-_-"

    ReplyDelete