Friday, August 7, 2009

Episod Dua Puluh Dua

Aku tergamam. Fikiranku ligat memikirkan tentang Anis. "Hah!Anis pengsan?"celah Taqi. Muhtadi,Bob,Azreena dan Choo meluru mengerumuni Sofea. "Apa,apa,apa?Siapa pengsan? Apahal? "jerit Azreena tidak sabar-sabar mengeruhkan lagi suasana. Beberapa orang lagi datang mengerumuni kami.

"Jom kita tengok dia". Seru Choo yang inginkan lebih kepastian. "Tak boleh la.Cikgu tak bagi. Ada ramai cikgu dekat sana. Cikgu tak mahu pelajar-pelajar menambah sibuk di sana", jelas Sofea. "Apa hal pulak? Kan dia kawan kita? Apa salahnya?". Keluh Choo yang tidak puas hati. Mimik muka Choo jelas menampakkan rasa hampa dan marahnya.

"Agak-agak kenapa dia pengsan hah?" tanya Bob. "Kena sampuk hantu kot?" terdengar suara di kalangan kami, "Yelah, aku ada dengar cerita yang sekolah kita ini ada penunggu. Tahun lepas ada kes budak perempuan kena histeria. Terjerit-jerit dan terus pengsan" jelas Imran bersungguh-sungguh. "Eh,aku pun ada dengar mak cik tukang cuci sekolah kita jumpa hantu tak berkepala. Pengsan juga orang tua tu"kata Ali pula. "Iye ke? Ngeri juga aku macam ni"kata Azreena, gelisah.

"Mengarutlah engkau orang semua ni. Mana ada hantu. Tahyul!" bantah Muhtadi. "Sekarang ni aku risau wabak H1N1"jelas Muhtadi. "H1N1? Apa tu?" sampuk suara-suara di belakang ku. Fikiranku masih berlegar-legar terbayangkan Anis. Hantu? H1N1? Kenapa Anis? "H1N1 tu selsema babi lah. Kau tak baca surat khabar ke? Apa lah!" kata Choo. "H1N1 kini sudah mencapai tahap pendemic. Tahap wabak ini sudah merebak keserata pelusuk dunia. Ini yang kita takutkan. Sekarang ni siapa-siapa sahaja boleh dijangkiti. Masalah ini disebabkan virus. Bukannya boleh nampak. Ada orang yang sudah dijangkiti pun tidak sedar. Mereka ingatkan demam selsema biasa sahaja. Tahu-tahu pengsan dan terus mati" jelas Muhtadi.

"Woi, woi, itu kawan aku tu. Cakap janganlah sembarangan" bantahku. Muhtadi menambahkan kerisauanku. Aku tidak sanggup mendengarnya. "Ya Allah,lindungilah sahabatku ini dari sebarang bencana" bisikku.

"Pendemic tu apa? Eh!Takut lah. Macam mana kita nak elakkan hingus babi ni?" suara-suara kedengaran daripada kalangan kami yang semakin ramai. "Bukan hingus babi lah,ianya selsema babi yang di panggil H1N1 " jelas Choo yang disambut derai ketawa kami di dalam kegelisahan.

"Kita kena berhati-hati bila berada di tempat awam. Selalu basuh tangan untuk elakkan virus. Kalau demam, batuk, sakit tekak atau susah bernafas, cepat-cepat lah berjumpa doktor. Kalau batuk, guna tisu untuk menutup mulut. Kita digalakkan pakai topeng pernafasan untuk mengurangkan penyebaran virus" kata Muhtadi. "Wabak H1N1 ini menggerunkan. Senang tersebar dan kita semua terdedah kepadanya" sambung Choo. "Habis bagaimana? Kita hari-hari berjumpa orang ramai. Mana kita tahu orang itu ada H1N1?" tanya Bob inginkan kepastian. "Jaga diri lah. Kalau tak, pergi duduk kat hutan, tak ada orang!" kata Imran.

Muka masing-masing kian gelisah. Anis masih tidak ada khabar berita. H1N1 menambah kekeliruan pada kami. Semua terdiam sunyi tanpa kata-kata. Tiba-tiba kami tersentak dengan derauan siren ambulan.

Amirul Muhtadi

4 comments: