Tuesday, February 17, 2009

Episod Dua

Pagi itu seperti biasa aku bangun awal. Menolong ibu berniaga adalah rutin harianku. Aku akan membawa sebuah buku untuk dibaca. Alhamdullilah, rezeki kami pada pagi ini sangat murah. Semua kuih habis dijual. Selepas berkemas aku dan ibu pulang kerumah dan aku terus bersiap untuk ke sekolah.

Jam menunjukkan pukul dua belas tengah hari. Ketika matahari berdiri tegak diatas kepala, aku memulakan langkah ke sekolah. Walaupun ini hari pertama persekolahan, ibu tidak dapat menemaniku kerana menghantar adik ke sekolah barunya. Aku pergi bersendirian. Takut, teruja, cuak, gembira, bersilih ganti dalam diriku. Aku orang baru disekolah ini. Aku masih ternanti-nanti, kelas mana aku akan ditempatkan. Setelah habis perhimpunan, cikgu mengarahkan semua pelajar ke kelas masing-masing. Pada masa yang sama aku diarahkan ke kelas baruku, 2 Budi. Aku berasa bangga kerana aku diberitahu kelas tersebut adalah kelas kedua terbaik dan ini membuatkan aku begitu bersemangat untuk belajar.

Seorang guru telah masuk ke kelasku. Dia memperkenalkan dirinya. Puan Vijaya, manis namanya semanis orangnya.Walaupun begitu nampak ketegasannya. Dia guru kelasku pada tahun ini. Selepas itu kami membuat sesi suai kenal. Memandangkan aku pelajar baru, aku terpaksa memulakan sesi ini. Setelah selesai kami bermain satu permainan untuk menghiburkan hati kami tetapi permainan itu terpaksa diberhentikan untuk solat Zohor. Semua pelajar Islam wajib menunaikan solat.

Setelah selesai, kami kembali ke kelas untuk menyambung sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru kelas kami bercadang untuk melantik beberapa jawatan seperti ketua kelas, penolongnya, bendahari dan beberapa ajk kelas. Anis yang comel itu telah dilantik menjadi ketua. Aku antara yang menyokong perlantikannya. Penolong Anis pula ialah Nawarzir. Selepas itu kami dibenarkan untuk berehat.

Petang itu setelah solat Asar, baru kami mendapat jadual kelas untuk tahun ini. Tepat pukul 6.40 petang kami dibenarkan balik. Bagi aku, aku cukup seronok pada hari ini. Kawan-kawan boleh menerima aku walaupun aku pelajar baru dan aku tidak sabar untuk kesekolah esok hari.

Akmal Nabil bin Samsi

2 comments:

  1. Sekejap lagi cikgu buat test berdasarkan penulisan kawan-kawan korang nie...baca lah.... jangan tak bace lak....

    ReplyDelete