Friday, February 20, 2009

Episod Ketiga

Seminggu sudah berlalu. Sekarang, dalam kelas adalah waktu matapelajaran Bahasa Melayu. Aku cukup seronok belajar pelajaran tersebut kerana guru yang mengajarnya cukup pandai berjenaka tetapi di dalam jenakanya jelas menunjukkan ketegasannya. Guru tersebut bernama Encik Auzani.

Tapi sayang sekali kerana pada waktu itu aku tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana aku bagai ditarik oleh gelombang untuk hanya menumpukan perhatian kepada seseorang yang aku anggap sungguh comel iaitu, Anis. Semasa waktu rehat, mindaku ligat berfikir adakah aku suka kepada dia? Aku bertambah keliru.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Persoalan yang membuatkan aku sering tertanya-tanya itu masih tiada jawapan. Sekali lagi aku tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana asyik memerhatikan Anis. Puan Vijaya menyuruh aku, Nawarzir dan Imran membuat latihan matematik di papan hitam. Selepas seminit, hanya tinggal aku sahaja yang masih terkial-kial mencari jawapan. Ternyata Nawarzir dan Imran hebat dalam matematik. Aku menyesal kerana tadi aku tidak menumpukan perhatian ketika Puan Vijaya memberti tunjuk ajar.

Kebetulan ada seorang guru memanggil Puan Vijaya ke pejabat. Sebelum dia keluar dia menyuruh aku menyiapkan soalan tersebut. Puan Vijaya berlalu pergi. Tiba-tiba ada seseorang berdiri disebelah aku. Bila aku menoleh, rupa-rupanya Anis.Dia tersenyum manis kearahku. Berdebar-debar jantungku bagai nak tercabut rasanya. Dia menawarkan pertolongan untuk menjawab soalan tersebut. Tanpa berfikir panjang aku terus bersetuju kerana penat berdiri lama.Ketika Anis membantu aku kedengaran suara mengusik kami.

"Anis, bila aku buat kau tak nak tolong, sampai hati kau," suara misteri yang datang dari arah tingkap berdekatan pintu hadapan kelas.

Kami berdua tercari-cari siapakah gerangan yang bersuara tadi.Sekembalinya Puan Vijaya dia terus menyemak jawapan aku. Alhamdullilah, betul jawapannya. Aku bercadang semasa pulang dari sekolah nanti, aku mahu bertemu dengan Anis untuk mengucapkan terima kasih. Aku terlihat kelibat Anis di pinta hadapan sekolah. Aku segera memanggil namanya. Dia menoleh dan datang menghampiriku. Sekali lagi jantungku berdegup kencang. Tanpa melengahkan masa, aku mengucapkan terima kasih. Ucapan tersebut dibalas dengan satu senyuman yang cukup ikhlas.

Ketika mereka berdua sedang bersembang, tanpa disedari ada sepasang mata yang begitu tajam sedang memerhatikan mereka.

Nabila bt Mohd Johari

5 comments:

  1. Siapakah pemilik suara misteri itu? Adakah ada pelajar lain yang meminati anis,atau pelajar itu hanya menyakat mereka atau hanya mereka sahaja yang mendengar suara itu? Sedangkan pelajar lain tidak mendengarnta

    Adalah pemilik suara dan orang yang memerhatikan mereka adalah sama atau individu yang berbeza?

    Nantikan jawapannya apalah pelajar keempat menyambung cerita ini.

    ReplyDelete
  2. Huhuhuhuhu... baru bace sampai episod 3, dah best gile... keep it up guys.. xsabar nak bace next episod... cepat la sket cekgu au ....

    - gepren cekgu au-

    ReplyDelete
  3. bestnya heheheehehehehehehe

    ReplyDelete
  4. episod ketiga cuak sikit la dan lawak berusaha dan buat yang baik bye2

    ReplyDelete