Wednesday, February 11, 2009

Episod Satu

Matahari mulai terbit ke timur, menerangi alam dengan cahayanya. Jam di dinding menunjukkan pukul 7 pagi. Pada waktu begini, aku dan adikku Nazatul mula membantu ibu menyusun kuih ke dalam bekas. Kadangkala aku terbangun lewat kerana terlalu letih.

Kami sekeluarga tinggal di rumah flat yang yang berada di Seksyen 7, Shah Alam. Inilah salah satu dugaan kami kerana kami perlu mengangkat bekas-bekas tersebut dari tingkat lima hingga ke bawah. Aku pernah tergelincir kerana tangga terlalu licin lalu ibu mengambil ubat dan disapukan ke kakiku. Itulah pengalaman yang akan aku ingat sampai bila-bila. Terima kasih ibu. Kami membuka kedai di tepi jalan. Setiap hari, kami menyusun meja dan menegakkan payung yang besar bagi melindungi kami dari panas dan hujan. Lalu kami susunkan bekas-bekas tersebut di atas meja. Walaupun sangat memenatkan, semakin lama ianya menjadi biasa, seperti pepatah alah bisa tegal biasa.

Sejak ayah meninggal dunia, hidup kami tidak seceria seperti dahulu lagi. Ayah pergi ketika aku berumur lapan tahun. Kata ibu, ayah pergi kerana serangan jantung. Walaupun ketika itu aku masih kecil, tetapi pabila melihat ibu menangis, aku pun turut menangis.

Kadangkala ibu menerima tempahan baju kurung dari jiran-jiran. Ia sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan seharian kami. Pendapatan bersih hasil jualan kuih sebanyak RM 30 sehingga RM 50 sehari. Ibu cuma dapat membeli ikan, sayuran dan barang-barang keperluan dapur. Baki dari pembelanjaan itu ibu akan simpan di dalam bank untuk kegunaan adikku di masa hadapan.

Kehidupan aku bukan seperti kanak-kanak lain kerana semua yang aku impikan tidak seperti yang aku harapkan. Aku perlu tabah mengharungi kehidupan ini. Tanpa seorang ayah disisi. Semasa disekolah rendah, aku sering dibuli oleh kawan-kawan. Mungkinkah kerana aku tiada ayah?. Setiap hari aku melihat ramai kawan-kawanku pulang dengan dijemput ayah, sedangkan aku pulang bersendirian, membuatkan aku berasa cemburu pada mereka. Walaupun begitu, aku redha dengan ketentuan Ilahi. Keperitan ini perlu aku tinggalkan. Aku akan mulakan tahun ini dengan azam baru kerana aku akan belajar disekolah yang baru. Sekolah Menengah Seksyen 7, Shah Alam adalah dunia baru bagiku.

Aku berharap akan mendapat banyak kawan yang mahu mendengar kedukaan tentang perjalanan hidupku ini .

Safuan b Mohd Sabri

6 comments:

  1. yo,..harlo, friends and en.auzani. cerita safuan tulis ni, best, tapi tak de sense of humor macam, lawak sikit la, sebab kalau lawak, orang akan suka lebih baik kan??tapi tak pe la.. macam ni pun ok la..

    ReplyDelete
  2. ckg...
    safwan nyer cter mcm dye tulis cter nie wktu tgah sdih jew...

    ReplyDelete
  3. Safuan tu mungkin tengah putus cinta kot.... sebab tu sedih semacam aje... Cal, nanti bila sampai part you... buat lah lawak2 sket.... nie cara dia menulis

    ReplyDelete
  4. yup2..sye dpt rse kesedihannye..hehe
    poyo jerr..

    ReplyDelete
  5. Cikgu menagis tersedu-sedan lah membaca cerita nie... rase nak aje ambik shafiz jadi anak angkat... hahaahha... lagi poyokan

    ReplyDelete
  6. safuan x tgk raje lawak ke? klau tgk bes skit karangan die, ni mcm nak buat org nangis je.

    ReplyDelete